Apa Ada Dengan Tanjung Piai? (Gambar)

Fishermen's boats at the jetty next the Tanjung Piai Resort.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang bakal diadakan tidak lama lagi telah melonjakkan nama Tanjung Piai, yang sebelum ini mungkin tidak begitu dikenali selain dalam kalangan Bangsa Johor.

Kawasan Tanjung Piai terletak di selatan Johor, dalam daerah Pontian dan tidak jauh dari pekan Kukup; namun dari sudut persempadanan pilihan raya pula, kawasan Parlimen Tanjung Piai meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N.55 Pekan Nenas dan N.56 Kukup.

Tanjung Piai mungkin tidaklah segah nama destinasi-destinasi pelancongan lain di Johor yang lebih popular seperti Legoland dan Puteri Harbour Theme Park di Iskandar Puteri, Desaru, Johor Bahru, Gunung Ledang, Pulau Besar, Pulau Rawa dan sebagainya; namun tahukah anda bahawa di sinilah letaknya tanah paling selatan di benua Asia?

Taman Negara Tanjung Piai terletak di hujung paling selatan Semenanjung Malaysia dan di sini juga letaknya titik paling selatan di tanah besar Eurasia.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, nama Tanjung Piai amat istimewa kepada saya, ibu dan kakak-kakak kerana banyak kenangan manis bersama arwah ayah di sini.

Beberapa tahun yang lalu, ketika arwah ayah masih ada, kami sering ke Tanjung Piai, Kukup dan Pontian selain daerah-daerah lain di Johor, dan pada satu ketika, kami pernah ke Tanjung Piai hampir setiap minggu sehingga saya sudah biasa dengan kawasan ini kerana telah berbelas kali ke sana.

Tanjung Piai kaya dengan keindahan semulajadi, dikelilingi oleh hutan paya bakau yang sangat cantik dengan kedipan kelip-kelip di sesetengah kawasan pada waktu malam.

Kalau mengikut kawasan di bawah Parlimen Tanjung Piai, ekonomi penduduknya tertumpu kepada perikanan, pertanian dan ekopelancongan.

Makanan lautnya sangat segar dan antara yang paling saya rindui ialah ‘baby sotong’, ketam dan otak-otak yang kami nikmati di Tanjung Piai Resort, iaitu sebuah resort yang dibina di atas air berhampiran dengan jeti nelayan dan tidak jauh dari Taman Negara Tanjung Piai.

Kawasan perkampungan sekitar Tanjung Piai sentiasa tenang, berbeza dengan suasana di pekan Kukup yang dipenuhi dengan restoran-restoran makanan laut yang agak sibuk ketika hujung minggu.

Menjelang PRK nanti, khasnya dalam tempoh berkempen, kawasan yang tenang ini akan menjadi sibuk dan akan dipenuhi oleh pemimpin dan petugas parti-parti politik dari seluruh negara; termasuk mereka yang belum pernah berkunjung ke Tanjung Piai selama ini.

Semoga penduduk Tanjung Piai akan membuat pilihan yang tepat dengan memilih pemimpin yang berjiwa besar, berwibawa serta amanah demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terbela.

Di bawah ialah sebahagian daripada koleksi gambar yang kami rakamkan di sekitar kawasan Tanjung Piai beberapa tahun yang lalu.

Related Post:

  1. Johor (1): Tanjung Piai Resort
  2. Johor (2): Photos – Taman Negara Tanjung Piai (Tanjung Piai National Park)
  3. Johor (4): Photos Of High Tide vs Low Tide (Tanjung Piai)

Sila tekan gambar untuk imej yang lebih besar:

Tanpa Ilmu, Remaja Hanya Seperti Lalang

Image may contain: 1 person, text

DALAM usaha membentuk sebuah negara bangsa yang maju dan berjaya, kita memerlukan generasi muda yang berilmu, berakhlak tinggi serta bersifat patriotik. Namun, ilmu yang harus dituntut mestilah ilmu yang membawa kepada kesejahteraan, dan bukannya ilmu yang merosakkan seperti ilmu mencuri, ilmu menipu serta ilmu jenayah yang lainnya. Ilmu sejahtera itu pula haruslah digunakan bagi tujuan yang baik. Contohnya ilmu berpidato haruslah digunakan untuk melahirkan kesedaran ke arah menyatupadukan rakyat dan bukannya untuk memecah-belahkan rakyat dengan adu-bomba dan fitnah.

Baca seterusnya:
https://www.utusan.com.my/premium/kolumnis/tanpa-ilmu-ramaja-hanya-seperti-lalang-1.977056


Kandungan Berbayar Utusan Online

Ini merupakan artikel premium di Utusan Online.
Langgan pakej premium Utusan Online untuk melihat keseluruhan artikel.

Kenapa Jalur Gemilang Tidak Boleh Dikibarkan Secara Terbalik Dalam Apa Keadaan Sekalipun?

Image may contain: 1 person

TIDAK lama dahulu, telah tular di pelbagai media sosial gambar-gambar Jalur Gemilang yang dikibarkan secara terbalik di pelbagai lokasi di seluruh negara. Ketika itu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia bangkit membantah tindakan tersebut yang secara jelas membawa maksud penghinaan terhadap Jalur Gemilang serta menggesa tindakan tegas diambil ke atas mereka yang melakukannya.

Baca selanjutnya:
https://www.utusan.com.my/premium/kolumnis/kenapa-jalur-gemilang-tidak-boleh-dikibarkan-secara-terbalik-dalam-apa-keadaan-sekalipun-1.973432


Kandungan Berbayar Utusan Online

Ini merupakan artikel premium di Utusan Online.
Langgan pakej premium Utusan Online untuk melihat keseluruhan artikel.

Kongres Rapat 18 – Pengalaman Pertama Membentang Usul

Gambar bersama peserta-peserta Kongres Rapat 18 berlatarbelakangkan Deklarasi Kongres Rapat 18

Tahniah kepada penganjur Rapat 18 dan kepada mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan kongres hebat ini!

Kongres selama sehari ini, iaitu dari pukul 9 pagi hingga 5 petang telah berlangsung di CIMB Leadership Academy, Iskandar Puteri, Johor pada hari Sabtu, 21hb September 2019.

Kongres Rapat 18 ialah satu pentas untuk anak muda Johor menyuarakan suara hati mereka tentang pelbagai isu penting dalam usaha untuk memperkasakan anak muda Johor.

Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri kongres tersebut di atas jemputan penganjur Sekretariat Gerakan Rapat 18 , walaupun syarat penyertaaan meletakkan peserta harus berumur di antara 18 hingga 35 tahun.

Kongres ini telah memberikan saya pengalaman baru yang amat berharga lebih-lebih lagi pada usia 16 tahun dan merupakan peserta termuda, untuk menimba ilmu daripada mereka yang sangat berpengalaman dalam gerakan belia di negeri Johor.

Isu-isu yang dikupas dalam kongres ini dibahagikan kepada 12 kokus iaitu Pendidikan & Kerjaya, Kesihatan & Alam Sekitar, Agama & Perpaduan, Belia & Mahasiswa, Sains & Teknologi, Felda & Luar Bandar, Wanita & Kebudayaan, Pengangkutan & Infrastruktur, Usahawan & Ekonomi, Perumahan Belia, Gaya Hidup dan Keselamatan & Jenayah.

Saya berkesempatan membentangkan dua usul, usul pertama saya ialah Pembinaan Sahsiah dan Jati Diri Belia untuk kokus Belia & Mahasiswa dan kedua, Pembudayaan Ilmu Dalam Kalangan Belia untuk kokus Gaya Hidup.

Kedua-dua usul tersebut merupakan isu-isu yang bagi saya, sangat penting dalam usaha memperkasakan belia dan ianya merupakan isu yang sering saya ketengahkan di dalam tulisan-tulisan saya, khasnya di kolum mingguan saya di Utusan Online.

Pada mulanya agak sukar untuk saya menyampaikan usul kerana saya tidak betul-betul faham akan format pembentangan usul di kongres tersebut, tambahan pula ada di antara hujah yang ingin saya utarakan telah diketengahkan oleh pembentang lain.

Alhamdulillah, usul kedua saya disokong oleh majoriti ahli Kongres Rapat 18, namun usul pertama saya ditolak dan tidak berjaya dimasukkan ke dalam deklarasi kongres tersebut.

Saya juga tidak mahu melepaskan peluang daripada mengambil bahagian dalam membahaskan beberapa usul yang telah dibawa.

Pengalaman membentang dan membahaskan usul di dalam sebuah kongres di mana ramai daripada pencadang dan pembahas usul adalah terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman telah banyak mengajar saya tentang ilmu berhujah di pentas terbuka.

Menulis dan berhujah adalah dua bidang yang sangat berbeza dan ianya memerlukan pendekatan dan kepakaran yang berlainan untuk menyampaikan apa yang ingin kita hujahkan; apa lagi apabila isu yang kita bentangkan akan dibahas dan diasak oleh pembahas yang menentang usul yang ingin kita ketengahkan.

Penyertaan saya di dalam kongres yang disertai belia yang lebih senior, lebih hebat dan jauh lebih berpengalaman telah mengajar saya banyak perkara penting termasuk menjadi lebih berani, matang, tahan lasak, tangkas berfikir dan kreatif dalam berhujah.

Saya tertarik dengan kata-kata moderator abang Jazlie Jabarudin sebelum menutup program bahawa usul yang ditolak tidak semestinya tidak baik, ini ialah satu realiti demokrasi yang mesti kita terima.

Dan yang lebih bermakna dan mengembirakan saya ialah kesempatan bertemu dengan mereka yang sangat saya sayangi, Aunty Fiza, Uncle Datuk Md Jais Sarday, Abang Syafiq dan juga Pak Cik Man.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya dan saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada peserta Rapat 18; dan saya yakin begitu juga kakak saya Aeshah Adlina yang turut sama menyertai kongres ini.

Sila tekan gambar di bawah untuk membesarkannya.

Janganlah Hancurkan Perpaduan Negara – Ucapan Sempena Hari Malaysia 2019

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang dibina di atas prinsip perpaduan. Gabungan sembilan buah negeri beraja, dan empat negeri jajahan takluk British, menjadikan negara ini sebuah Persekutuan yang berdaulat, dinaungi oleh Raja-Raja Melayu.

Tetapi malang sekali, sejak kebelakangan ini kita melihat bahawasanya telah bangkit banyak golongan-golongan yang cuba memecah belahkan rakyat negara. Saling cerca mencerca, hina menghina, halau menghalau, dan langsung tidak mengambil kira tentang kesopanan dan kesusilaan.

Apa gunanya mencalangkan semangat perpaduan, jika kita sendiri yang menghina kaum dan agama lain? Sikap toksik inilah yang bakal meruntuhkan negara bangsa kita, yang telah lama kita binakan sejak sebelum lagi tertubuhnya Persekutuan ini.

Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak hentikan suara-suara sumbang ini, dan memperingati semula sejarah kita. Negara kita kaya sejarahnya, ia telah bermula jauh sebelum terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu.

Kita telah bersetuju di atas satu Kontrak Sosial, bagi menjamin kedamaian di antara semua kaum. Maka janganlah kita melanggar persetujuan tersebut.

Negara kita dibina atas perpaduan, maka perpaduanlah langkah pertama kita ke arah kegemilangan.

Selamat menyambut Hari Malaysia 2019! Semoga Allah S.W.T. memberkati negara kita.

Ahmad Ali Karim
16hb September 2019


Tulisan berkaitan:

Montaj Muafakat Nasional – Himpunan Penyatuan Ummah 2019 – #HPU914


Saya merasa bangga dan terharu melihat gambar Allahyarham Ayah saya daripada keratan akhbar Utusan Malaysia di dalam montaj tersebut.

Related post:

  1. Himpunan Penyatuan Ummah #HPU914 : Gambar Sekitar Solat Jumaat Di Surau Ar-Rahman PWTC
  2. Setahun Yang Amat Getir
  3. Mengenang A. Karim Omar, Ayah Kesayanganku
  4. Gambar Sekitar Majlis Tahlil A. Karim Omar
  5. A. Karim Omar, Ayah Kesayangan Saya Meninggal Dunia

Himpunan Penyatuan Ummah #HPU914 : Gambar Sekitar Solat Jumaat Di Surau Ar-Rahman PWTC

Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) yang berlangsung selama dua hari telah bermula hari ini di mana penyokong penyatuan dan kerjasama antara dua parti Melayu Islam, UMNO dan PAS mula berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sejak awal pagi tadi.

Tengahari tadi, barisan kepimpinan UMNO dan PAS termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohamad Hasan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Dato’ Sri Najib bin Razak dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman.

UMNO Online melaporkan hampir 5,000 umat Islam yang membanjiri Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman, PWTC.

Solat Jumaat diimamkan oleh Ust Shukri Ali sementara Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku khatib yang membacakan khutbah Jumaat.

Sejurus selesai solat Jumaat, jemaah yang hadir turut bersama-sama menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom memohon agar dipermudahkan urusan dan program Himpunan Penyatuan Ummah berjalan lancar.

Sila klik gambar untuk imej yang lebih besar:

Pengaruh Negatif Hiburan Terhadap Remaja

Industri hiburan yang berkembang pesat beriringan dengan kemajuan teknologi telah membuka seluas-luasnya capaian pengguna kepada pelbagai media hiburan. Hasilnya, hiburan percuma boleh diakses dengan mudah pada bila-bila masa sahaja, semuanya semudah di hujung jari.

Baca selanjutnya:
https://www.utusan.com.my/premium/kolumnis/pengaruh-negatif-hiburan-terhadap-remaja-1.968313


Kandungan Berbayar Utusan Online

Ini merupakan artikel premium di Utusan Online.
Langgan pakej premium Utusan Online untuk melihat keseluruhan artikel.

A Tribute to My Chinese Heritage

The above beautiful piece of art portrays wild orchids with Chinese characters “幽兰”, which means “orchid”, is hung on the wall of our living room.

It was a gift for my mother by our Chinese friend saying that it will bring us ‘ong’; but my father had it hung at that particular spot because it is indeed a very beautiful gift.

I am a Malay and I am very proud to be one; the beautiful Chinese piece of art with the Chinese characters in our living room does not make me less of a Malay.

I cannot read Mandarin, but thanks to our dear family friend, Aunty Helen Ang, we are able to understand what the Chinese characters say; and as orchids in the Chinese culture symbolises wealth and fortune, I guess it does have something to do with ‘ong’.

People often remarked that neither my parents, my siblings nor I have the typical Malay looks, even though both of my parents are Malay; I think it is the result of our mixed bloodlines.

My maternal grandfather is a Malay with Peranakan Chinese and Middle-Eastern ancestries along the family bloodlines while my maternal grandmother came from Chinese bloodline.

While my paternal grandfather is a Malay, my paternal grandmother is a Malay with some Siamese and Middle-Eastern bloodlines.

I come from a family with a very rich history especially from the lineage of my maternal grandfather where Tun Zain Indera of Tersat, who came from the lineage of the Sultanate of Johor-Riau was my 8th great-grandfather; my great-grandfather, Haji Awang Omar bin Dato’ Mata Mata Tua Yusof was the younger brother of Dato’ Seri Amar Diraja Haji Ngah Mohamad bin Dato’ Mata Mata Tua Yusof.

As I am very proud of my maternal grandfather’s ancestry, I am also proud of my Chinese ancestry.

My maternal great-grandfather, Hj. Ya’acob Abdullah Al-Yunani whom we affectionately called Appa was a Chinese Muslim and his Chinese name was Tung Foo Piew.

Appa told us about how his father, Hj. Abdullah Sulaiman Al-Yunani sailed from Kwantung or Guangdong in the 19th century to start a business and a new life in the Tanah Melayu.

What makes me really proud about my Chinese ancestors is that despite coming from a different country with a different culture and traditions, they managed to assimilate with the local Malay community around them.

Appa said that it did not take a long time for his parents to able to speak Malay and for his father to learn to read and write in the Jawi scripture.

Appa wore his baju Melayu with ‘kain pelikat’ and ate Malay food but he also loved the Chinese style soups, noodles and tofu which we also do enjoy regularly in our home.

And despite being proud of his Chinese heritage to the end of his life, Appa spoke fluent Malay, practised the Malay custom and proudly called himself a Malay, as he met all the criteria to become a Malay as stated in the Article 160 of the Federal Constitutions.

Appa who called Tanah Melayu his homeland was happy to assimilate and had a very high respect for the Malays and was thankful to be accepted in this country as he knew life in China used to be hard, which was the reason why his parents risked their lives sailing to Tanah Melayu in seeking for a brighter future of their children.

And I am also proud to learn from my mother’s uncle that a great statesman, Tun Tan Siew Sin who was a former Minister of Finance was a distant relative of ours from my maternal grandfather’s side of the family; and that our ancestors came in the same boat to Tanah Melayu long, long time ago.

It is the respect and love for our country as well as for our fellow citizens and obeying the laws of the land that makes us a very special nation.

Please click the photos for larger images:

Related articles:

Lagu Colombia yang menggunakan kod rahsia – UPSTER

Sebuah lagu Colombia yang poopular pada tahun 2010 ini merupakan sebuah lagu yang menggunakan kod rahsia.Lagu ini digunakan oleh tentera Columbia untuk menyelamatkan tenteranya yang di tangkap oleh tentera Komunis.

Nak tau lebih lanjut tentang lagu ni, ayuh dengarkan, hanya di Upster:

Episod lepas: A Puro Dolor Penuh Kesakitan

%d bloggers like this: