Pergolakan parti PKR, kian memuncak di mana pemimpin-pemimpin parti tersebut tidak lagi segan untuk membuat berbagai kenyataan terbuka tentang perkara itu.
Saya tidak berminat untuk mengulas isu ini, sehinggalah saya terbaca kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meminta YB Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya, “look at the man in the mirror” atau “melihat ke dalam cermin,” seperti yang dilaporkan pelbagai media utama; serta ditambah pula oleh kenyataan bersama oleh 28 orang ahli MPP dan Ahli Parlimen PKR hari ini yang bertajuk, “Hentikan Usaha Memecahbelahkan Parti”.
“Baca gerak bibir saya. Beritahu dia (Anwar), dia patut lihat dirinya dalam cermin”. “Muhasabah. Suruh Anwar untuk muhasabah. Tolong lihat dirinya sendiri,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Utusan Online (Cermin muka dia dulu – Azmin)
“Read my lips … Tell him he must look at the man in the mirror,” he told reporters at the Parliament lobby on Wednesday (July 17). Asked to explain his comments, Azmin said: “Ask Anwar to reflect on his own actions (muhasabah).”
The Star Online (Azmin to Anwar: Look at the man in the mirror)
Pemerhati politik telah memberi berbagai komen dan analisa tentang perkara ini, dan seperti mereka, kebanyakan rakyat Malaysia, tidak kira daripada parti mana pun sedang memerhatikan apa yang sedang berlaku.
Setakat ini nampaknya pemimpin DAP kurang bersuara mengenai perkara ini, namun mereka juga dihimpit masalah contohnya laporan polis ke atas exco Perak, Paul Yong Choo Kiong yang dikatakan juga telah mengaitkan kerajaan Indonesia.
Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa perkara ini agak meresahkan, kerana mereka yang terbabit adalah daripada parti pemerintah yang sepatutnya fokus kepada isu membina negara bangsa ke arah yang lebih gemilang.
Semoga pemimpin tertinggi kerajaan dapat mencari penyelesaian yang terbaik untuk menangani masalah ini demi memastikan kebajikan rakyat terbela.
Bak kata pepatah, tukang tidak membuang kayu.
Kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali , “look at the man in the mirror” mengingatkan saya kepada lagu dengan tajuk yang hampir sama nyanyian penyanyi terkenal, Micheal Jackson, ‘Man In The Mirror’.
