Sultan Ahmad Shah telah mangkat

22 05 2019

HARIAN METRO – SULTAN Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Almarhum baginda menghembuskan nafas terakhir 8.50 pagi pada usia 89 tahun

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan rasminya memohon rakyat mendoakan roh Almarhum baginda ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

“Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.

“Almarhum mangkat pada 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur,” katanya.

Difahamkan jenazah Almarhum baginda akan dibawa ke Istana Negara untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke Pekan.








%d bloggers like this: