Belum Cukupkah Pelajaran Perpaduan di Dalam Al-Quran?

21 05 2019

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

“Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang ada dilangit dan di bumi berserah diri kepada-Nya, (baik) dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada-Nya-lah mereka dikembalikan ?” [Ali ‘Imran: 83]

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha mencadangkan agar kerajaan Malaysia memperkenalkan satu subjek khusus untuk mengenali agama lain selain Islam, di peringkat sekolah dan universiti, bagi meningkatkan pemahaman dan keharmonian antara penganut pelbagai agama di negara ini.

Saya tertanya-tanya apakah cadangan ini hanya melibatkan pelajar Islam menandangkan menurut laporan Bernama, beliau berkata subjek pendidikan agama Islam yang diajar di sekolah pada masa kini adalah baik, namun ia hanya memberi fokus kepada satu agama tanpa memahami agama lain.

Jika benar, ini bermakna beliau bersikap prejudis dan memberi gambaran negatif terhadap umat Islam, seolah-olah faktor yang menghalang integrasi nasional adalah berpunca daripada umat Islam yang gagal memahami agama lain.

Saya juga tertanya-tanya adakah Presiden MBM juga mencadangkan supaya penuntut bukan Islam mempelajari ajaran agama Islam untuk mencapai matlamat perpaduan; atau apakah umat Islam yang dilihat sebagai punca masalah perpaduan negara?

Persoalannya:

  1. Apakah penghinaan terhadap agama Islam tidak dianggap menjejaskan keharmonian negara?
  2. Adakah cadangan ini dapat menghindar kes-kes penghinaan terhadap agama Islam yang semakin berleluasa sekarang ini?
  3. Adakah beliau berpendapat kes-kes penghinaan terhadap agama Islam adalah berpunca daripada umat Islam yang gagal memahami agama lain?

Amat dangkal jika ada yang berpendapat bahawa umat Islam hanya akan menghormati penganut agama lain jika mereka belajar mengenali agama tersebut sedangkan Al-Quran telah mengajar umat Islam menghormati agama-agama lain, contohnya Ayat 6 Surah Al-Kafirun.

Apakah Presiden MBM berpendapat bahawa belajar mengenali agama lain selain Islam adalah perkara integral dalam meningkatkan keharmonian sehingga mencadangkan ianya dijadikan satu subjek khusus yang akan melibatkan berbagai faktor termasuk kos, masa, perundangan dan sebagainya?

Pengenalan satu subjek baharu sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang besar termasuk kos kajian, latihan guru, buku teks dan lain-lain; dan menambah satu subjek baharu akan melibatkan masalah masa, apakah masa persekolahan akan ditambah atau masa mata pelajaran yang ada sekarang akan dikorbankan untuk digantikan dengan mata pelajaran yang dicadangkan?

Malaysia adalah negara Islam dan bukan negara plural, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, dan banyak peruntukan lain di dalam Perlembagaan yang bukan sahaja mendaulatkan agama Islam tetapi juga menjaga akidah umat Islam.

Maka subjek khas untuk mengajar agama lain kepada pelajar Islam boleh dilihat sebagai menaikkan kedudukan agama lain berbanding Islam dan seterusnya merendahkan kedudukan Islam sebagai agama negara.

Yang Arif Hakim Mohd Noor Abdullah di dalam penghakiman Mahkamah Tinggi kes Meor Atiqulrahman bin Ishak & Ors v Fatimah Sihi & Ors[2000]  1 MLJ 393 menegaskan:

Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati – tinggi, teguh dan terampil. Jika bukan sedemikian Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di negara ini dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan manamana ugama yang dianutinya, tiada lebih satu dari yang lain. Peruntukan ‘Islam ialah ugama bagi Persekutuan’ hendaklah ditakrif dan ditinjau tujuannya dengan membaca bersama peruntukan lain dalam Perlembagaan khususnya Perkara 89, 152, 153 dan 14.

Apakah Presiden MBM mengambil kira Perkara 11(4) Perlembagaan sebelum membuat cadangan ini?

Kedudukan Islam di dalam Perlembagaan itu tinggi, maka Perkara 11(4) menyekat “pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama” kepada umat Islam untuk memelihara akidah umat Islam; apakah jaminan Perkara 11(4) tidak akan dicabar jika cadangan ini dilaksanakan?

Adakah sah dari segi Perlembagaan untuk kerajaan mengeluarkan perbelanjaan bagi subjek “mengajar mengenali agama lain”?

Perkara 12(2) Perlembagaan menggariskan walaupun “tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri”, namun dari segi peruntukan dana, tanggung jawab kerajaan hanyalah tertakluk kepada membiayai pelajaran agama Islam, “… tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu”.

Sejauh manakah cadangan ini tidak akan melanggar hak asasi pelajar Islam dan Perkara 12(3) Perlembagaan yang memperuntukkan, “Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri”?

Apakah cadangan Presiden MBM itu bijak memandangkan subjek ini boleh membawa kepada:

  1. Pelajar Islam merasakan amalan agama lain juga betul dan ini membawa kepada menyamaratakan agama atau pluralisme agama sedangkan kita wajib berusaha melindungi akidah umat Islam dengan mengambil sikap “sadduzzara’i” dan bukan sebaliknya.
  2. Terjadi penghinaan, persendaan dan pergaduhan di antara pelajar Islam dan bukan Islam dalam mempertahankan amalan agama masing-masing atau pemertikaian unsur-unsur di dalam agama lain.

َاْلإِسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى

“Islam itu tinggi dan tidak ada yang mengalahkan ketinggiannya.”

Hadis Riwayat al-Baihaqi

Advertisements

Actions

Information

2 responses

16 09 2019
Janganlah Hancurkan Perpaduan Negara – Ucapan Sempena Hari Malaysia 2019 | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Belum Cukupkah Pelajaran Perpaduan di Dalam Al-Quran? […]

Like

21 05 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: