
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah al-Musta’in Billah, Sultan bagi Negeri Pahang Darul Makmur, dipilih untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong XVI bagi Malaysia bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa 31hb Januari 2019.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi, di dalam kenyataan rasminya setelah Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diadakan di Istana Negara pagi tadi.
Mesyuarat tersebut turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Semoga Allah S.W.T. Melanjutkan Usia Tuanku