Sebuah Lagi Parti Baharu? – Satu Analisa

27 12 2018
Adakah kita bakal mendengar berita sebuah parti politik baharu di Tanah Air tercinta ini?

Pergerakkan politik Malaysia sejak akhir-akhir ini amat menarik untuk diperhatikan. Ianya dilihat boleh mengubah situasi dan iklim politik Malaysia dengan drastik menjelang tahun 2020. Saya melihat tindakan-tindakan seperti perletakkan jawatan bekas Ahli Parlimen Port Dickson, perletakan jawatan parti dan kerajaan oleh Nurul Izzah Anwar, tindakan melompat parti oleh wakil-wakil rakyat, kenyataan dan kritikan ahli-ahli politik kerajaan terhadap kepimpinan kerajaan dan parti komponen mereka dan lain-lain bukanlah sesuatu yang biasa atau normal dan tidak bersebab.

Begitu juga pelbagai kenyataan dan tindakan ‘trio’ Khairy Jamaluddin (KJ), Nurul Izzah dan Rafizi Ramli yang akhirnya memaparkan perjumpaan dan ‘lunch date’ mereka kepada umum. Akibatnya, pelbagai spekulasi telah timbul, di antaranya ialah mereka bakal menubuhkan sebuah parti politik untuk orang-orang muda. Namun kebenarannya hanya di tangan mereka.

Sejak UMNO masih berkuasa, ramai pemerhati politik mengulas tentang sikap dan idea KJ yang lebih cenderung ke arah ideologi PKR berbanding UMNO. Kenyataan Nurul Izzah akhir-akhir ini pula dikatakan menggambarkan beliau kurang senang dengan suasana politik semasa; begitu juga kenyataan Rafizi, terkini tentang populariti Tun Dr. Mahathir dan harga minyak yang menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.

Memandangkan ‘trio’ ini sering digambarkan sebagai ikon orang muda dan sangat popular di media sosial, ada yang meramalkan bahawa jika benar mereka mahu membentuk parti baharu, parti ini akan menyasarkan undi orang muda; iaitu kelompok terbesar daripada pecahan pengundi-pengundi berdaftar di Malaysia. Malah ada yang mengatakan anak muda sudah muak dengan keadaan politik semasa dan mahukan negara dipimpin oleh golongan muda yang progresif dan lebih memahami kehendak mereka.

Pada dasarnya, jika spekulasi ini menjadi kenyataan, pengalaman dan kepakaran Rafizi contohnya dalam menerajui INVOKE akan di gembelingkan bersama pengaruh besar KJ dan Nurul Izzah untuk mendapatkan pengaruh di kalangan pengundi. Persoalan seterusnya, apakah dasar perjuangan yang akan mereka laungkan nanti? Berdasarkan kepada cara dan hala tuju ‘trio’ ini, kita boleh meneka mereka lebih cenderung kepada ideologi PKR yang lebih liberal berbanding dengan ideologi UMNO yang lebih konservatif. Ini adalah berdasarkan kenyataan dan tindakan KJ selama ini, termasuklah hasratnya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum.

Namun sukar untuk kita meramalkan dengan tepat sesuatu perkara yang belum terjadi. Sesuatu yang nampaknya berpotensi tinggi belum tentu akan memberi keuntungan seperti yang diharapkan. Ataupun apakah ini sebahagian daripada percaturan politik di kalangan mereka yang lebih berkuasa? Realitinya, agak sukar untuk sebuah parti politik membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan parti lain di Malaysia; apatah lagi sebuah parti yang baharu ditubuhkan.

Jika perkara ini benar-benar terjadi, sebuah lagi parti baharu yang dipimpin oleh orang Melayu akan wujud dan akan menambahkan lagi jumlah parti-parti politik yang akan menyasarkan undi daripada orang Melayu. Akibatnya, bertambah parahlah perpecahan di kalangan orang Melayu.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: