Zahid Serah Tugas Presiden UMNO Kepada Tok Mat

[Astro Awani}- KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyerahkan tugas Presiden UMNO kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu “UMNO bangkit’.”UMNO boleh bangkit dan bingkas bangun semula jika perpaduan terus dimantapkan dan bersatu pemikiran dalam sebuah pasukan UMNO yang diperkasakan.

“Saya merasa keresahan segelintir pemimpin UMNO kerana khuatir mereka akan menerima tekanan, siasatan dan tuduhan demi tuduhan seperti yang saya alami.

“Demi keutuhan UMNO dan demi kepentingan di semua peringkat terutama Ahli-ahli Parlimen dan ADUN-ADUN serta UMNO bahagian, langkah menyelamatkan situasi tersebut harus dilakukan segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu Ahmad Zahid berharap, semua polemik mengenai kepimpinan ditamatkan dan sepimpinan di peringkat akar umbi fokus kepada usaha memperkukuhkan parti.

“Saya juga menyeru supaya tiada lagi tindakan keluar parti daripada Ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN,” jelasnya.

Ambil Iktibar Kes Adib – Tengku Abdullah

[Utusan Online}- PEKAN 18 Dis. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang bersimpati dan sedih dengan berita kematian anggota bomba, Mohammad Adib Mohd. Kassim mahu semua pihak khususnya golongan muda mengambil pengajaran daripada kejadian berkenaan.

Baginda yang berharap keluarga Mohammad Adib, 25, bersabar dengan ujian berkenaan bertitah, mana-mana pihak tidak seharusnya mengambil tindakan melulu apatah lagi melibatkan nyawa seseorang.

“Jangan kita cepat membuat tindakan yang boleh mengakibatkan (kehilangan) nyawa seseorang itu atau mana-mana tindakan agresif yang mungkin boleh mendatangkan musibah kepada mereka yang terlibat.

“Cuba elakkan kejadian ini daripada berlaku,” titah baginda selepas menyempurnakan Majlis Serahan Zakat Perniagaan Badan-badan Korporat di Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Mohammad Adib yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.40 malam tadi.

%d bloggers like this: