Malayophobia: Penyakit Baru Yang Melanda Negara?

6 12 2018

Hansard Parlimen mencatatkan pada 1hb Jun 1965, semasa perbahasan di Parlimen, Mendiang Tun V.T. Sambanthan telah berkata:

“If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian Race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been sent packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens”It has been my great good fortune to have born in this country.

Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world?”

(Sila klik di sini untuk terjemahan ke Bahasa Melayu)

Namun sayangnya kini keadaannya sudah jauh berbeza. Nilai murni dan persepakatan rakyat pelbagai kaum yang berteraskan Kontrak Sosial sudah mula terhakis.

Kebelakangan ini negara kita telah dihimpit pelbagai isu panas yang merisaukan rakyat jelata. Contohnya, isu Kovensyen Antarabangsa ICERD dan kes rusuhan di kuil Sri Mahamariamman, Selasa lepas. Lebih malang, ada pula puak tidak bertanggung jawab yang suka bertindak menunding jari kepada orang lain dan yang sering dipersalahkan ialah orang Melayu.

Di negara-negara barat, agama Islam sering dipersalahkan apabila pelaku keganasan itu beragama Islam; sedangkan jika pelaku keganasan yang sama bukan beragama Islam, agama pelaku tidak dikaitkan atau disebut. Malah ada yang secara prejudis menyalahkan orang Islam sebelum polis mengumumkan keputusan siasatan ke atas kes tersebut dan tanpa sebab yang boleh diterima akal, mereka sewenang-wenangnya melabelkan orang Islam sebagai pengganas. Dan apabila dibuktikan kes keganasan itu tidak melibatkan orang Islam, orang yang menuduh itu tidak langsung merasa bersalah kerana membuat tuduhan palsu. Kes sebegini adalah sebahagian daripada gejala Islamofobia; iaitu apabila seseorang itu mengalami fobia terhadap Islam dan menyalahkan agama dan orang Islam tanpa sebab walaupun orang Islam langsung tidak terlibat.

Yang menyedihkan, gejala Islamofobia sudah melanda Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, kini seolah-olah sudah ada satu gejala baharu, iaitu gejala yang boleh dipanggil Malayofobia atau Malayophobia (campuran ‘Malay’, perkataan Greek untuk ‘Melayu’, dan akhiran ‘-phobia’ atau ‘-όφοβια’ iaitu fobia di dalam bahasa Greek).

Ada di kalangan masyarakat kini yang suka menyalahkan orang Melayu dan yang parahnya ada di antara mereka yang sebegini terdiri daripada orang Melayu sendiri. Ada yang menuduh orang Melayu sebagai pemarah dan suka mengamuk. Contohnya, apabila terjadi kes rusuhan di kuil Sri Mahamariamman, ada pihak tidak bertanggung jawab yang menyalahkan orang Melayu, walaupun seperti apa yang telahpun dibuktikan, pergaduhan itu adalah di antara pihak kuil dan pihak pemaju hartanah. 

Bukan setakat masyarakat umum yang bersikap prejudis, malah Exco kerajaan negeri Selangor juga telah menyalahkan orang Islam. 

Setelah Exco itu teruk dikecam, Harian Metro melaporkan Menteri Besar Selangor cuba memberi penerangan tentang kenyataan tersebut dan berkata bahawa, “mungkin ada kesalahan tatabahasa”!

Sehinggakan apabila anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dipukul teruk sehingga cedera parah, ada pihak menuduh Muhammad Adib bukan cedera akibat dipukul tetapi beliau sebenarnya telah dilanggar jentera bomba! Kini telahpun terbukti bahawa dakwaan itu adalah fitnah dan Muhammad Adib sebenarnya telah dipukul teruk oleh perusuh.

Persoalannya, apakah tujuan orang-orang yang membuat kenyataan yang dilihat sebagai cuba melaga-lagakan orang Islam (majoritinya Melayu) dan penganut Hindu (majoritinya India) yang selama ini hidup bersatu padu dan aman damai? Ini adalah satu perbuatan berniat jahat yang amat tidak bertanggung jawab kerana ianya boleh mencetuskan perbalahan kaum yang boleh menjejaskan keselamatan negara. 

Apakah yang bakal terjadi jika orang Islam (majoritinya Melayu) yang difitnah tidak dapat mengawal kemarahan mereka? Tambahan pula pada masa yang sama orang Melayu masih kecewa dengan kenyataan kerajaan untuk meratifikasikan ICERD sebelum ditangguhkan akibat bantahan rakyat.

Gejala Malayofobia mesti dibendung sebelum ianya merebak kerana gejala buruk ini boleh menjejaskan keharmonian negara. Kerajaan mesti bertindak mempertahankan Perlembagaan dan memdidik semula rakyat Malaysia supaya memahami Perlembagaan, Kontrak Sosial dan sejarah negara bangsa. Kembalilah kepada sejarah pembentukan negara bangsa, janganlah keran nila setitik, rosak susu sebelanga.

Salahkah rakyat mempertahankan Perlembagaan dan Kontrak Sosial yang menjadi asas pembinaan negara bangsa? Tepuk dada, tanya selera. Hormatilah titah dan junjung tinggilah kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu.


Tulisan berkaitan:

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: