ICERD Mencabar Perpaduan, Perlembagaan Dan Kontrak Sosial

13 11 2018

“Bersekutu Bertambah Mutu”; itulah moto negara yang terukir pada Jata Negara; menggambarkan betapa pentingnya perpaduan rakyat dalam membangunkan negara ini.

Walaupun warganegara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, namun negara ini telah berjaya mengekalkan keamanan hasil kebijaksanaan pemimpinnya serta sikap toleransi dan kesatuan rakyatnya yang berasaskan kepada Kontrak Sosial yang menjadi asas kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Namun kini, sudah ada sebilangan warganegara Malaysia yang bukan sahaja buta sejarah dan tidak memahami sejarah di sebalik penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, malah berusaha untuk menghapuskan sejarah negara bangsa.

Mereka juga gagal menghargai pengorbanan Raja-Raja Melayu dan pejuang-pejuang negara yang terdahulu demi menubuhkan negara ini.

Ramai yang tidak ambil tahu tentang ucapan Tun V.T. Sambanthan semasa perbahasan Parlimen pada 1hb Jun 1965:

“If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian Race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been sent packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens”It has been my great good fortune to have born in this country.

Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world?”

Jika kita lihat di sekitar Asia dan Asia TImur, khususnya, anda akan mendapati bahawa bangsa saya Bangsa India tidak diterima di Ceylon, tidak diterima di Burma. Lihatlah saudara Bangsa Cina saya, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Cambodia, di semua kawasan lain. Adakah mereka mendapat bantuan untuk mendapat kewarganegaraan di semua wilayah ini? Di Burma, seperti yang kita ketahui, orang-orang India telah dihalau, di Ceylon mereka (Bangsa India) tidak diberikan kewarganegaraan dan begitu juga di Burma. Saya tahu, anda juga tahu. Namun di Persekutuan Tanah Melayu apa yang terjadi? Di sini kita dapati pemimpin-pemimpin Melayu berkata, “Kami akan mengambil mereka menjadi saudara, kami akan memberi mereka peluang yang sepenuhnya untuk tinggal di negara ini, kami akan buka setiap peluang untuk mereka menjadi warganegara.” Maka pada 1957, selama setahun, kita mengenepikan kelayakkan bahasa, dan berpuluh ribu orang-orang India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.”Saya merasa bertuah kerana lahir di negara ini.

Dimana lagi anda akan mendapat satu bangsa yang lebih bermurah hati, yang lebih sopan, yang lebih beradab daripada bangsa Melayu? Dimana lagi anda akan mendapat layanan politik yang baik kepada mana-mana bangsa pendatang? Di mana lagi di dalam sejarah dunia ini?”

Pada 30 April 1969, Tun Tan Siew Sin pula berkata:

“The Malays, through UMNO were generous enough to relax the citizenship laws of this country … MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays.”

Orang Melayu melalui UMNO teramat baik hati untuk melonggarkan undang-undang kewarganegaraan di negara ini … MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan polisi untuk memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu.

Kontrak Sosial memberi kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu iaitu rakyat Raja, sebagai timbal balik kepada kewarganegaraan yang diberikan kepada kaum pendatang pada waktu itu; dan perkara ini adalah asas kepada perpaduan rakyat.

Demi menjaga keamanan dan kestabilan negara, Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan melarang apa-apa persoalan terhadap apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

[33] In short, Article 3(1) was a by-product of the social contract entered into by our founding fathers who collectively produced the Federal Constitution, which is recognized as the Supreme Law of the country. It is my judgment that the purpose and intention of the insertion of the words: “in peace and harmony” in Article 3(1) is to protect the sanctity of Islam as the religion of the country and also to insulate against any threat faced or any possible and probable threat to the religion of Islam.It is also my judgment that the most possible and probable threat to Islam, in the context of this country, is the propagation of other religion to the followers of Islam. That is the very reason as to why Article 11(4) of the Federal Constitution came into place.

Tetapi kini ada golongan yang mempertikaikan kontrak sosial dan Perkara 153.

Baru-baru ini, kerajaan Malaysia menyatakan hasrat untuk meratifikasikan International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) iaitu satu konvensyen antarabangsa yang bertujuan untuk menyamaratakan semua manusia tidak kira bangsa, jantina, bahasa, dan agama demi hak asasi manusia.

Perlaksanaan ICERD akan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga  Kontrak Sosial kerana ia mencabar kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputra.

Kesannya akan membangkitkan kemarahan dan pertikaian ke atas perkara yang selama ini telah dipersetujui bersama.

Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya, kata biarlah dikota.

Perlukah kita menandatangani dan meratifikasikan kesemua konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?

Perlu diambil perhatian, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat tidak menandatangani kesemua konvensyen PBB.

Sebelum konvensyen antarabangsa seperti ini diimplementasikan, kita harus merujuk kepada Vienna Declaration and Programme of Action 1993, di mana Perenggan 5 Bahagian I deklarasi tersebut dengan jelas menyebut bahawa menjadi kewajipan negara-negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengutamakan latar belakang sejarah negara itu di dalam mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia.

All human rights are universal, indivisible and interdependent and interrelated. The international community must treat human rights globally in a fair and equal manner, on the same footing, and with the same emphasis. While the significance of national and regional particularities and various historical, cultural and religious backgrounds must be borne in mind, it is the duty of States, regardless of their political, economic and cultural systems, to promote and protect all human rights and fundamental freedoms.

Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Janganlah digadaikan perpaduan rakyat dan keamanan negara demi perkara yang belum pasti mendatangkan kebaikan kepada negara.


Artikel berkaitan:

  1. When a Lawmaker Fails to Understand the Law
  2. Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan
  3. Apakah Maksud Kemerdekaan?
  4. Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia
  5. Ideologi Komunis dan Kekeliruan yang Nyata
  6. Kebenaran Di Sebalik Sejarah Penubuhan Persekutuan Malaysia
  7. A Kadir Jasin and the Raja-Raja Melayu
  8. Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?
  9. Constitutionally Illiterate!
  10. Buku Harapan – Dimanakah Agenda Islam Dalam Manifesto PH?
  11. Zairil Dakwa Tun M Mencadangkan Pindaan Semberono?
  12. Surat Balas Tun M Tidak Menjawab Persoalan

Advertisements







%d bloggers like this: