Wujud Enakmen Kawal Agama Bukan Islam

9 11 2018

[Utusan Online}- KUALA LUMPUR 8 Nov. – Siasatan yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) terhadap beberapa individu yang didakwa mengedar kitab Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini hanya sia-sia.

Bekas Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman berkata, JHEAINPP tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang terlibat kerana tiada sebarang peruntukan digariskan di negeri tersebut bagi menghalang perbuatan berkenaan.

“JHEAIPP boleh siasat sahaja, tindakan tak boleh dibuat. Atas peruntukan undang-undang apa hendak digunakan bagi mendakwa mereka (yang didakwa mengedar Bible) itu?.

“Sebab itu, Enakmen Kawalan Agama Bukan Islam ini pen­ting diwujudkan di semua ne­geri kerana ingin memastikan tidak berlaku perbuatan seperti ini terhadap orang Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Kassim berkata, JHEAINPP bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Pendi­dikan negeri telah memulakan siasatan berhubung kes mengedar kitab Bible kepada pelajar sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz berkata, enakmen tersebut amat penting kerana perkara yang berkaitan dengan penyebaran agama merupakan isu yang cukup sensitif di negara ini selain kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Atas sebab itu katanya, kerajaan Persekutuan perlu membawa usul tersebut ke Parlimen dengan segera kerana Wilayah Persekutuan bukan sebuah ne­geri dan tidak mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelas Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, tiga kerajaan negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak pula bertanggungjawab melakukan tindakan yang sama di Dewan Undangan Negeri (DUN) ma­sing-masing.

“Gesaan supaya menggubal enakmen undang-undang ini sebenarnya telah melepasi masa terlalu lama, kita bimbang perbuatan yang sama seperti di Pulau Pinang itu berlaku lagi sehingga tidak mampu dikawal,” katanya.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: