Month: Nov 2018
[Gambar] Menyuarakan Suara Hati Orang Muda dalam Pemikir Muda

Alhamdulillah, pengalaman menjadi salah seorang panel rancangan baru TV AlHijrah, “Sila Duduk Jangan Lari” dengan tajuk “Pemikir Muda” adalah amat berharga bagi saya.
Berkongsi pentas bersama Adi Putra, saya cuba menyuarakan pandangan tentang topik yang dibincangkan secara jujur dan matang.
Dan bersesuaian dengan nama program, hos Uncle Talib telah melontarkan beberapa soalan panas yang ‘agak sukar’ untuk dijawab.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada TV AlHijrah, dan penerbit program Hjh. Syafinaz Yunus, kerana sudi menjemput saya menjayakan program panas ini.
Di bawah adalah berberapa gambar semasa program semalam yang saya ambil daripada laman Facebook dan Instagram Sila Duduk Jangan Lari, dan juga Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang.
InsyaAllah, rakaman penuh program akan saya postkan dalam masa terdekat.
Pemikiran Muda – Langsung di TV AlHijrah Rabu, 28 November 2018

Kenapa Sampai Jadi Begini?

[MyMetro}- TINDAKAN beberapa Muslim membaca doa bersama penganut agama lain pada Program Perpaduan Dalam Kepelbagaian di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), malam tadi disifatkan merendahkan martabat Islam.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, walaupun berniat baik, perbuatan itu tetap salah kerana Islam seharusnya memimpin bukannya dipimpin.
Katanya, tindakan individu terbabit yang bergilir-gilir membaca doa bersama penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh seolah-olah memberi gambaran Islam setara agama lain.
“Ia salah dan bagi tanggapan masyarakat bukan Islam, Islam setaraf dengan agama mereka. Al-Quran menyatakan tiada agama lain diterima Allah SWT melainkan Islam.
“Mereka tahu mengenai itu tetapi mengapa berkongsi pentas yang sama sekali gus menjatuhkan martabat agama suci kita,” katanya kepada NSTP ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Mohd Yusof, niat mewujudkan kesepakatan boleh dilakukan tetapi bukan dengan cara berkongsi pentas dan membacakan doa mengikut kepercayaan masing-masing.
“Perkara ini tidak pernah diajar atau dilakukan, apatah lagi orang Islam sendiri mendengar bacaan doa daripada penganut agama lain.
“Apa yang berlaku ini sama seperti kita tahu minum arak dan berjudi adalah haram di sisi Islam, tetapi kenapa dilakukan,” katanya.
NSTP malam tadi melaporkan, program anjuran Sathya Sai Organisation of Malaysia menyaksikan lima wakil setiap agama berkongsi pentas dengan memperdengarkan doa untuk kesejahteraan rakyat dan negara kepada 300 hadirin.
Kenyataan JPM tolak ICERD tidak ikut formaliti – Zahid
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kenyataan akhbar dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri mengenai keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) didakwa tidak mengikut formaliti pentadbiran.
Hal demikian ini kerana perkara itu hanya boleh disahkan melalui tanda tangan Perdana Menteri sendiri yang kemudiannya membawa usul itu ke Parlimen agar dapat direkodkan dalam hansard rasmi.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan sedemikian (kenyataan akhbar) tidak boleh diterima dan tidak menjamin bahawa ia akan berubah pada bila-bila masa, apatah lagi ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
“Pembangkang berterima kasih kepada keputusan itu dan percaya ia ada kaitan dengan perhimpunan kebangkitan ummah dalam menentang ICERD di seluruh negara sejak kebelakangan ini.
“Ia juga dipercayai ada hubungan dengan langkah politik kerajaan PH menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri hari ini bahawa kerajaan menegaskan tidak akan meratifikasi ICERD.
Menurut kenyataan itu, kerajaan PH sebaliknya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Titah Sultan Selangor: Tanggalkan Papan Tanda Jalan Bertulisan Cina

“D.Y.M.M. Sultan Selangor telah mentitahkan supaya semua Papan Tanda Jalan yang mempunyai tulisan cina di Shah Alam ditanggalkan…”

!دولت توانكو
ICERD: PERLUKAH? – Analisis TV AlHijrah
Hidup Melayu! Hancur ICERD! Daulat Tuanku! Allahuakhbar!

[Utusan Online}- PERANCANGAN AWAL hanya perhimpunan kecil-kecilan bagi membantah ICERD. Tetapi manusia merancang, Allah juga merancang.
Perhimpunan kecil Pasir Salak diangkat sebagai perhimpunan peringkat negeri. Diangkat lagi menjadi perhimpunan peringkat kebangsaan. Maka berhimpunlah kira-kira 30,000 di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak.
Khemah yang disediakan tidak muat menampung orang ramai yang hadir. Ketika solat Isyak berjemaah terpaksa bersesak dan melimpah-ruah dari kawasan disediakan.

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Perpaduan Ummah di pekan Kampung Gajah malam tadi. – UTUSAN ONLINE /KAMAL BASIR WAHAB
Sebenarnya acara telah pun bermula lebih awal iaitu sebaik selesai solat Maghrib. Ketika itu jumlah hadirin belum cukup besar. Selepas Isyak kawasan padang Aman Jaya mulai menyaksikan limpahan orang ramai.
Memang mudah untuk melihat mereka yang hadir datang parti mana. Selain pakaian, karaktor juga membezakan mereka ahli UMNO atau Pas.
Namun mereka tidak kekok untuk bersama, bersalaman dan berbual-bual isu semasa dan sudah pasti tumpuannya adalah membantah ICERD.
Tidak kira yang berkupiah putih, bersongkok hitam, bertengkolok atau kupiah hijau mereka memakai lilit kepala yang terpampang bantahan terhadap tuntutan hak sama rata iaitu pelaksanaan ICERD.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk berucap terlebih dahulu daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Zahid mengambil peluang itu untuk memohon maaf kerana selama 22 tahun beliau dan ahli UMNO diajar untuk membenci parti lain khususnya Pas.
Beliau mengakui kekalahan pada pilihan raya lalu ada hikmah dan kini membawa penyatuan umat Islam.
Hadi pula mengimbau kembali bagaimana peristiwa 13 Mei iaitu tercetusnya rusuhan kaum telah menyatukan pengikut Pas dan UMNO. Dan kini tercetus ICERD yang mencabar hak umat Islam, Melayu dan raja Melayu, ahli dua parti terbesar kembali bertaut silaturrahimnya.
Perhimpunan malam tadi bergema dengan laungan hidup Melayu, hancur ICERD, daulat tuanku dan Allahuakhbar. Memang terasa tegak bulu roma berada perhimpunan sedemikian.
Tetapi itu belum kemuncak. Kemuncaknya adalah pada 8 Disember di Kuala Lumpur. Sejuta umat Islam akan turun ke jalan bagi tujuan yang sama.
Hidup Melayu, hancur ICERD, daulat tuanku, Allahuakhbar laungan sejuta umat Islam Melayu bakal bergema di ibu negara.
The Most Stunning Red Buildings Around the World
Buildings come in a variety of shapes and sizes, colours and patterns, with amazing looks and designs.
But what if you only use one colour for the entirety of the building’s exterior?
Below are wonderful monochromatic buildings from around the world using only the colour Red.
(Photos credit to Yahoo! News)
But what if you only use one colour for the entirety of the building’s exterior?
Below are wonderful monochromatic buildings from around the world using only the colour Red.
(Photos credit to Yahoo! News)
ICERD Mencabar Perpaduan, Perlembagaan Dan Kontrak Sosial
“Bersekutu Bertambah Mutu”; itulah moto negara yang terukir pada Jata Negara; menggambarkan betapa pentingnya perpaduan rakyat dalam membangunkan negara ini.
Walaupun warganegara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, namun negara ini telah berjaya mengekalkan keamanan hasil kebijaksanaan pemimpinnya serta sikap toleransi dan kesatuan rakyatnya yang berasaskan kepada Kontrak Sosial yang menjadi asas kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Namun kini, sudah ada sebilangan warganegara Malaysia yang bukan sahaja buta sejarah dan tidak memahami sejarah di sebalik penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, malah berusaha untuk menghapuskan sejarah negara bangsa.
Mereka juga gagal menghargai pengorbanan Raja-Raja Melayu dan pejuang-pejuang negara yang terdahulu demi menubuhkan negara ini.
Ramai yang tidak ambil tahu tentang ucapan Tun V.T. Sambanthan semasa perbahasan Parlimen pada 1hb Jun 1965:
“If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian Race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been sent packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.” And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens”It has been my great good fortune to have born in this country.
Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world?”
Jika kita lihat di sekitar Asia dan Asia TImur, khususnya, anda akan mendapati bahawa bangsa saya Bangsa India tidak diterima di Ceylon, tidak diterima di Burma. Lihatlah saudara Bangsa Cina saya, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Cambodia, di semua kawasan lain. Adakah mereka mendapat bantuan untuk mendapat kewarganegaraan di semua wilayah ini? Di Burma, seperti yang kita ketahui, orang-orang India telah dihalau, di Ceylon mereka (Bangsa India) tidak diberikan kewarganegaraan dan begitu juga di Burma. Saya tahu, anda juga tahu. Namun di Persekutuan Tanah Melayu apa yang terjadi? Di sini kita dapati pemimpin-pemimpin Melayu berkata, “Kami akan mengambil mereka menjadi saudara, kami akan memberi mereka peluang yang sepenuhnya untuk tinggal di negara ini, kami akan buka setiap peluang untuk mereka menjadi warganegara.” Maka pada 1957, selama setahun, kita mengenepikan kelayakkan bahasa, dan berpuluh ribu orang-orang India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.”Saya merasa bertuah kerana lahir di negara ini.
Dimana lagi anda akan mendapat satu bangsa yang lebih bermurah hati, yang lebih sopan, yang lebih beradab daripada bangsa Melayu? Dimana lagi anda akan mendapat layanan politik yang baik kepada mana-mana bangsa pendatang? Di mana lagi di dalam sejarah dunia ini?”
Pada 30 April 1969, Tun Tan Siew Sin pula berkata:
“The Malays, through UMNO were generous enough to relax the citizenship laws of this country … MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays.”
Orang Melayu melalui UMNO teramat baik hati untuk melonggarkan undang-undang kewarganegaraan di negara ini … MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan polisi untuk memelihara kedudukan istimewa orang-orang Melayu.
Kontrak Sosial memberi kedudukan istimewa kepada bangsa Melayu iaitu rakyat Raja, sebagai timbal balik kepada kewarganegaraan yang diberikan kepada kaum pendatang pada waktu itu; dan perkara ini adalah asas kepada perpaduan rakyat.
Demi menjaga keamanan dan kestabilan negara, Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan melarang apa-apa persoalan terhadap apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
[33] In short, Article 3(1) was a by-product of the social contract entered into by our founding fathers who collectively produced the Federal Constitution, which is recognized as the Supreme Law of the country. It is my judgment that the purpose and intention of the insertion of the words: “in peace and harmony” in Article 3(1) is to protect the sanctity of Islam as the religion of the country and also to insulate against any threat faced or any possible and probable threat to the religion of Islam.It is also my judgment that the most possible and probable threat to Islam, in the context of this country, is the propagation of other religion to the followers of Islam. That is the very reason as to why Article 11(4) of the Federal Constitution came into place.
Tetapi kini ada golongan yang mempertikaikan kontrak sosial dan Perkara 153.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia menyatakan hasrat untuk meratifikasikan International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) iaitu satu konvensyen antarabangsa yang bertujuan untuk menyamaratakan semua manusia tidak kira bangsa, jantina, bahasa, dan agama demi hak asasi manusia.
Perlaksanaan ICERD akan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan juga Kontrak Sosial kerana ia mencabar kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputra.
Kesannya akan membangkitkan kemarahan dan pertikaian ke atas perkara yang selama ini telah dipersetujui bersama.
Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya, kata biarlah dikota.
Perlukah kita menandatangani dan meratifikasikan kesemua konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?
Perlu diambil perhatian, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat tidak menandatangani kesemua konvensyen PBB.
Sebelum konvensyen antarabangsa seperti ini diimplementasikan, kita harus merujuk kepada Vienna Declaration and Programme of Action 1993, di mana Perenggan 5 Bahagian I deklarasi tersebut dengan jelas menyebut bahawa menjadi kewajipan negara-negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengutamakan latar belakang sejarah negara itu di dalam mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia.
All human rights are universal, indivisible and interdependent and interrelated. The international community must treat human rights globally in a fair and equal manner, on the same footing, and with the same emphasis. While the significance of national and regional particularities and various historical, cultural and religious backgrounds must be borne in mind, it is the duty of States, regardless of their political, economic and cultural systems, to promote and protect all human rights and fundamental freedoms.
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
Janganlah digadaikan perpaduan rakyat dan keamanan negara demi perkara yang belum pasti mendatangkan kebaikan kepada negara.
Artikel berkaitan:
- When a Lawmaker Fails to Understand the Law
- Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan
- Apakah Maksud Kemerdekaan?
- Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia
- Ideologi Komunis dan Kekeliruan yang Nyata
- Kebenaran Di Sebalik Sejarah Penubuhan Persekutuan Malaysia
- A Kadir Jasin and the Raja-Raja Melayu
- Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?
- Constitutionally Illiterate!
- Buku Harapan – Dimanakah Agenda Islam Dalam Manifesto PH?
- Zairil Dakwa Tun M Mencadangkan Pindaan Semberono?
- Surat Balas Tun M Tidak Menjawab Persoalan