- Apakah yang mereka fahami tentang sistem pemerintahan negara kita?
- Fahamkah mereka tentang sejarah negara bangsa?
- Tahukah mereka tentang kepentingan peranan Raja-Raja Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan?
- Fahamkah mereka tentang isi kandungan Perlembagaan Perksekutuan?
Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.Maka, peranan Raja-Raja Melayu amat penting untuk memastikan semua kaum di pelihara hak mereka seperti yang di peruntukkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, kerana kedudukan Raja-Raja Melayu adalah mengatasi politik. Raja-Raja Melayu bukan sahaja menjaga hak kaum Melayu tetapi juga hak kaum-kaum minoriti mengikut Perlembagaan dan Kontrak Sosial. Contoh terbaik, Persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja membenarkan warganegaranya daripada semua kaum untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum pertama, malah mereka dibenarkan untuk bertanding dan dilantik sebagai menteri. Walhal di Amerika Syarikat ketika itu, kaum minoriti kulit hitam masih belum di benarkan mengundi! Kaum minoriti di Amerika Syarikat hanya dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya ke-46 negara itu, iaitu pada tahun 1968; sedangkan rakyat Persekutuan Tanah Melayu dari semua kaum sudah boleh mengundi sejak Pilihan Raya pertama negara kita, iaitu pada tahun 1955. Raja-Raja Melayu bertindak sebagai ‘check and balance’ kepada kuasa dan permainan politik pemimpin-pemimpin yang dipilih melalui sistem pilihanraya supaya hak rakyat mengikut Perlembagaan terbela dan tidak ditindas atau dihakis semata-mata kerana kerakusan kuasa politik. Begitu pentingnya peranan Raja-Raja Melayu dalam menjamin kestabilan negara; namun ianya sering dipandang mudah akibat kedangkalan dan buta sejarah. Malah ramai yang tidak menghargai pengorbanan Raja-Raja Melayu sejak sekian lama demi mengekalkan kesejahteraan dan kemerdekaan Tanah Melayu ini. Jangan seperti kacang lupakan kulit, seperti ulat lupakan daun. Dimanakah akal dan adab kita jika kita dengan angkuhnya mahu ‘membuang’ tuan rumah yang bukan sahaja telah mengatur batu-bata sehingga terbinanya rumah ini tetapi juga telah menjadi tiang seri rumah pusaka ini dengan kasar sekali setelah kita hidup senang lenang? Kembalilah kepada sejarah. Kita perlu sedar bahawa terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Persekutuan Malaysia adalah hasil daripada pengorbanan dan kebijaksanaan Baginda Raja-Raja Melayu. Paling utama, Raja-Raja Melayulah yang menjaga agama Islam di Malaysia ini. Contoh terkini yang boleh saya ambil adalah bagaimana Pemangku Raja negeri Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah dengan tegasnya bertitah bahawa negeri Pahang akan terus menjalankan operasi mencegah maksiat termasuk kes-kes khalwat sebagai reaksi kepada kenyataan Menteri Agama. Kita patut bangkitkan semula perasaan kasih dan hormat terhadap Raja-Raja Melayu, kerana tanpa Raja-Raja Melayu, rakyat tidak boleh hidup dengan harmoni dan sejahtera seperti apa yang kita kecapi sekarang. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna; jangan sampai nasi menjadi bubur!
Related Articles:
Apakah sebenarnya kegunaan raja2 melayu? Mmg betul tugas ydpa utk memelihara hak bumiputera dan kaum2 lain, tapi itu semua atas ‘advice’ perdana menteri. In fact, kuasa ydpa dan majlis raja2 melayu sgt limited, kerana terpaksa ikut dan patuh segala arahan PM spt termaktub dlm Artikel 40(1A).
Benarkah raja2 kita memelihara islam? Atau hanya memelihara upacara2 islam? Menangkap org berkhalwat, itu shj ke memelihara islam? Di manakah sebenarnya islam di negara Malaysia hari ini? Islam di Malaysia hanyalah inferior sgt2 berbanding undang2 sivil di negara ini.
LikeLike
Tuan ahmadtafsir,
Peranan Raja Melayu amat besar jika kita faham Perlembagaan negara. Semua Articles di dalam Perlembagaan mesti dibaca bersama dan tidak boleh bercanggah di antara satu sama lain seperti yang telah ditegaskan oleh DYMM Almarhum Sultan Azlan Shah di dalam penghakiman Mahkamah Tinggi kes Loh Kooi Choon v The Government of Malaysia [1977] 2 MLJ 187.
Tuan merujuk Article 40(1A)- Articles dalam Perlembagaan MESTI dibaca bersama; bermakna Article 40(1A) mesti dibaca bersama Article 40(1), 40(2) dan 40(3) dan seterusnya sila baca Bab 1 Bahagian IV Perlembagaan.
Sikap tidak hormat, memperkecilkan dan mempersendakan Raja Melayu adalah sikap yang tidak bertamadun, buta Perlembagaan dan buta sejarah. Sila baca Article 3(2),3(3),3(5) dan 37. Sila baca juga Article 10(4). Malah banyak lagi peruntukkan Perlembagaan tentang tanggungjawab, hak dan kuasa Raja-Raja Melayu.
Kata tuan, ” Islam di Malaysia hanyalah inferior sgt2 berbanding undang2 sivil di negara ini” – jangan salahkan Raja-Raja Melayu. Yang salah ialah penggubal undang-undang (yang dipilih secara demokrasi) yang menolak pindaan Akta 355. Sila rujuk:
Negara kita mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan bukan Raja berkuasa mutlak.
LikeLike