Tan Sri Hassan Azhari Meninggal Dunia

6 10 2018
Tan Sri Haji Hassan Azhari melaungkan azan semasa upacara 
pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos, 1957 (Gambar Utusan)

Tokoh agama terkenal negara, Tan Sri Haji Hassan Azhari, meninggal dunia akibat kanser limfoma pada jam 5.07 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Allahyarham yang berumur 90 tahun merupakan muazzin yang melaungkan azan semasa upacara pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos, 1957.

Allahyarham turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Hassan juga adalah hakim Pertandingan Tilawah al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara iaitu hampir 46 tahun.

Tiga anak lelakinya dikenali ramai iaitu
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan , bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang Datuk Fuad Hassan dan pelakon terkenal, Datuk Jalaluddin Hassan.

Ketika dihubungi oleh Berita Harian, Tan Sri Musa Hassan berkata:

“Ketika ini saya difahamkan arwah bapa akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, di Persiaran Kayangan, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor, atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,”

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: