Provokasi Siti Kasim Terhadap Melayu dan Islam

14 09 2018
“And religion is not an economic contributor. It is an unproductive consumer of epic proportions with no returns.” (Dan agama bukanlah penyumbang kepada ekonomi. Ia (hanyalah) pengguna tidak produktif yang besar (tetapi) tanpa pulangan). Itulah diantara apa yang telah ditulis oleh aktivis liberal Siti Zabedah Kasim tentang agama Islam di dalam artikel bertajuk “The real Malay dilemma”, di kolumnya dalam akhbar The Star pada 26hb Ogos, 2018. Artikel tersebut memperlihatkan pemikirannya yang menentang dan menghina dasar pemerkasaan Islam dan Melayu di Malaysia. Zabedah menuduh ianya penyebab kepada kemunduran kaum Melayu yang didakwanya hidup dengan bantuan kerajaan (to live off the teats of the Government), kurang menyumbang kepada ekonomi negara dan menjadi ‘pengguna’ hasil cukai kaum minoriti (consumers of tax from the minorities). Jelasnya Zabedah telah menghina kaum Melayu seolah-olah kaum Melayu (kecuali golongan liberal) tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Hakikatnya, walaupun kuasa ekonomi bukan di tangan Melayu tetapi petani dan nelayan kecil Melayu juga adalah penyumbang kepada ekonomi negara, malah memberi sumber pendapatan kepada orang tengah dan pengilang yang kaya raya. Malah nilai perbelanjaan domestik orang Melayu telah mengayakan minoriti yang dibanggakan Zabedah. Apakah perbelanjaan domestik tidak menyumbang kepada ekonomi negara? Zabedah berhujah bahawa agama Islam tidak perlu dipertahanan ataupun diinstitusikan, kerana Islam dan Tuhan tidak perlukan apa-apa atau “Islam and God has no need for anything”.
“Islam does not need protection, nor does it need to be institutionalised. As a Muslim, I believe in God Almighty. His religion does not need anyone’s help, least of all from fallible human beings. Islam and God has no need for anything, but human beings do. No one represents Islam.”
Inilah pendapat golongan liberal yang tidak mahu di berada di bawah undang-undang Islam serta menentang Islam diperkasakan. Zabedah mungkin lupa bagaimana para Nabi dan Rasul berusaha untuk menegakkan dan memuliakan agama Allah dan tidak pernah berpeluk tubuh dengan alasan, “His religion does not need anyone’s help” ataupun  agama Allah tidak perlu pertolongan dari sesiapa. Kita harus ingat firman Allah di dalam ayat 13 Surah As-Syura:
Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya ~Surah As-Syura [42:13] | Al-Quran.

Zabedah kemudian mengulas:

“In Malaysia today, we are obsessed with religion. Politicians and Ministers talk about religion and upholding religion. We have dedicated channels and programmes on religion on mainstream TV. Teachers force their religion and religious interpretations on children. Even the technical department, JKR (Public Works Department) for example, has set up sign boards espousing religious thoughts. Ever go to civil service offices? Observe just how many religious seminar banners and thoughts are plastered all over these places. Sometimes I wonder whether these are public services departments or religious propaganda functionaries.”
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengangkat Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Ini bermakna Malaysia ialah sebuah negara Islam. Maka, adalah menjadi satu kewajipan keperlembagaan bagi kerajaan Malaysia untuk menegakkan Islam pada setiap masa termasuk di jabatan kerajaan, di sekolah-sekolah kerajaan, malah di mana sahaja selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di Pertuan Agong seperti yang tercatat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan. Jelas Zabedah adalah pejuang dasar sekular yang mahu memisahkan agama daripada kerajaan dan tidak senang dengan adanya nilai Islam dan usaha memperkasakan Islam di jabatan kerajaan dan usaha kerajaan untuk mendaulatkan Islam sebagai agama negara. Zabedah lantas mempersoalkan kebergantungan umat Islam kepada agamanya, bertanya apakah itu satu-satunya nilai harga diri umat Islam dan apakah tidak ada lagi nilai lain pada umat Islam untuk menambah baik mutu kerja dan perkhidmatan selain (nilai) agamanya?

“Why this parade of religion in the public sphere? Is it because our people obsess on religion, as they personally have got nothing else of substance to promote that would enhance their work and the lives of the people they serve? Or that they have to cling to religion as that is their one and only part of their lives that provide them any sense of self-worth?”

Jawapannya mudah, Islam ialah satu cara hidup lengkap yang merangkumi seluruh kehidupan umatnya dan itulah harga diri kita; dan sudah semestinya umat Islam bergantung kepada Allah pada setiap masa dan tidak ada nilai yang lebih baik selain daripada nilai Islam di dalam apa sahaja yang kita lakukan. Malangnya golongan liberal itulah yang gagal menghayati pentingnya nilai Islam. Apakah Zabedah mahu mempersoalkan hukum menutup aurat dalam Islam sedangkan umat Islam wajib mematuhi hukum Allah, dan wanita Islam wajib bertudung dan menutup aurat?
“Today, our Malay society has become a society so religiously judgemental that the sight of a woman without head-cover is practically blasphemous.”

Seterusnya, Zabedah menghina masyarakat Melayu yang membiayai sekolah agama dan pusat Tahfiz sebagai “insular and superstitious in thought” atau perfikiran sempit dan percaya kepada perkara karut, dan menyoal apakah pelajarnya boleh bersaing dengan rakyat bukan Islam (Malaysian non-Muslim population)?

“Can a Malay society, more insular and superstitious in thought, that is now funding thousands of religious schools and Tahfiz centres/boarding houses than ever before in its history, create a population that is competitive to succeed in the 21st century? Can it even compete on a fair footing with the rest of the Malaysian non-Muslim population?”
Zabedah mungkin terlepas pandang bahawa Al-Quran mampu merungkai segala disiplin ilmu, cuma akal manusia biasa adalah terbatas dan tidak terdaya untuk mengkaji dan memahami segala perkara yang tertulis di dalam Al-Quran. Tokoh cendekiawan Islam seperti Al-Khwarizmi iaitu Bapa Algebra, Al-Zahrawi yang mempelopori bidang pembedahan, Jabir ibn Haiyan iaitu Bapa KimiaAl-Haytham iaitu Bapa Optik Moden, Ibnu Battuta, Ibnu Khaldun, Al-Biruni, Ibnu Sina, Al-Khindi adalah hasil daripada sistem pendidikan Islam. Malah tulisan mereka telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan sebagainya. Ibarat meludah ke langit, terpalit ke muka sendiri! Lucunya apabila Zabedah mempersoalkan hasil daripada tempat yang diberikan kepada kaum Melayu di universiti, GLC dan jabatan kerajaan serta membuat kesimpulan sendiri bahawa itulah penyebab universiti tidak kompetitif dan ramai graduan Melayu yang tidak mendapat pekerjaan yang mana mereka diserap ke dalam perkhidmatan awam dan GLC, mengatakannya satu pentadbiran rasuah (such corrupt administrations).
“Malays have been given preferential places in universities, GLCs and the civil service for more than 40 years now, what have we got to show for it? Uncompetitive universities, a significant pool of unemployable Malay graduates and with most being employed by the civil service and the failed GLCs, and such corrupt administrations that a 93- year-old man has to come back to be the Prime Minister, that’s what.”
Lantang menyerang hak Melayu, Zabedah mungkin telah lupa yang beliau pernah belajar di ITM (kini UITM), sebuah pusat pengajian tinggi awam untuk kaum Melayu dan Bumiputra dan beliau sendiri berpeluang mendapat pendidikan di situ kerana menikmati kedudukan istimewa Melayu yang kini dihinanya. Zabedah juga menyoal;
  1. “Would more religion help? Or would it make the population less competitive?”
  2. “Would any of the Malay leadership be willing to change its society from a religious centric one to one that is progressive and modern in character?”
  3. “Do you want our Malay society to continue to regress and be uncompetitive? Do you want it to drag the rest of us down the road of conservatism and economic ruin?”
Jawapan saya:
  1. Mendakwa bahawa Islam menjadikan umatnya kurang produktif adalah satu fitnah terhadap ajaran Islam. Saya faham kalau tuduhan ini dibuat oleh orang bukan Islam tetapi agak pelik bila ianya dibuat oleh orang Islam sendiri yang sepatutnya faham tentang ajaran Islam.
  2. Kepada soalan penulis yang menyoal  jika ada pemimpin Melayu yang sanggup meliberalkan umat Islam (to change its society from a religious centric one to one that is progressive and modern in character), Nauzubillahiminzalik.
  3. Tidak adil menuduh menginstitusikan Islam sebagai penyebab masyarakat Melayu mundur dan tidak produktif tanpa bukti kukuh.
Nampaknya Zabedah berpendapat untuk maju dan produktif, orang Melayu mesti menjadi liberal dan membelakangkan agama dan perintah Allah. Beliau percaya adanya nilai yang lebih penting dari nilai Islam untuk kemajuan masyarakat Melayu. Saya merasakan Puan Zabedah amat keliru tentang ajaran dan hukum Islam serta tanggung jawab kaum Melayu di negara kita. Malaysia adalah sebuah negara Islam dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mendefinasikan orang Melayu antara lainnya sebagai mestilah beragama Islam. Oleh itu sebagai umat Islam, adalah menjadi tanggung jawab orang Melayu untuk memelihara dan memperkasakan agama Islam di Tanah Melayu. Membuat pelbagai tuduhan tanpa bukti yang kukuh adalah tidak bijak. Zabedah sepatutnya belajar sejarah negara untuk memahami sebab sebenar kaum Melayu ketinggalan dari segi ekonomi. British telah memaksa ramai orang Melayu yang asalnya ‘orang laut’ dan peniaga di bandar menjadi petani di luar bandar. Peluang pendidikan dan perniagaan yang amat terhad di luar bandar pada zaman itu mengakibatkan orang Melayu tidak dapat bersaing dengan kaum minoriti yang tinggal di bandar. Inilah sebab kemunduran Melayu dan sudah tentu 40 tahun tidak mencukupi untuk membetulkan kerosakan yang telah berlaku dalam jangka masa yang jauh lebih lama daripada itu. Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit. Walau apa pun Puan Zabedah mesti sedar yang beliau telah mengambil manafaat daripada kedudukan istimewa Melayu yang lantang dihinanya. Juga janganlah ibarat menggigit tangan yang memberi makan. Saya amat hairan apakah asas kemarahan Zabedah sebenarnya. Namun menariknya Zabedah juga mengaitkan persoalan ini dengan politik. Pada Zabedah, kaum bukan Melayu dan Melayu liberal adalah masyarakat progresif dan merekalah yang memenangkan Pakatan Harapan.
“A progressive leadership will only be elected by a progressive society. The only reason the Pakatan Harapan government was elected was because the progressive societies of the non-Malays and the liberal Malay voted for it.”
Kita harus sedar bahawa ideologi liberal dan sekular yang diperjuangkan golongan liberal ini menjadi ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara kita. Kita tidak mahu umat Islam terpesong akidahnya dan hidup bebas tanpa pegangan agama yang kukuh. Kejayaan sebenarnya ialah kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah S.W.T.

“Islam itu tinggi dan tiada yang melebihi ketinggiannya…” ~Hadis Riwayat ad-Daruquthni: 3564 Hasan


Related Posts:

Advertisements

Actions

Information

One response

20 09 2018
Apabila Hukum Islam DiHina | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] satu ideologi yang dipromosikan oleh puak liberal. Berberapa hari yang lepas saya menulis tentang tulisan aktivis liberal Siti Zabedah Kasim yang juga bercakap dalam isu yang sama. Mereka sekarang seolah-olah berbangga mempertikaikan hukum […]

Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: