[CNN}- At least one person died and 10 were injured, according to Indonesia’s Disaster Management Agency (BNPB), after a series of earthquakes struck the island of Sulawesi on Friday afternoon.
Initial reports from the agency say dozens of buildings collapsed in Palu City in the Donggala region of Sulawesi.
Evacuations are underway and people have been advised to remain alert and outside their homes.
A localized tsunami hit beaches in the cities of Palu and Donggala as a result of the tremors, according to the BNPB.
An early tsunami warning had been issued by the Indonesian meteorological agency, but was later lifted after the agency ascertained that the water had receded.
BNPB spokesman Sutopo Purwo Nugroho shared a video on Twitter of the tsunami striking the coast at Palu. “Tsunami was about three meters high,” Nugroho wrote.
Troops from the Indonesian National Armed Forces were being deployed to help deal with the effects of the earthquake and tsunami, according to the BNPB.
Writing on his official Twitter account Friday, Indonesian President Joko Widodo said that he was monitoring the situation and preparing for any post-earthquake eventualities.
“May our brothers and sisters remain calm and be safe,” he wrote.The first in a series of tremors was felt at 3 p.m. (4 a.m. ET) 35 miles north of Palu, according to the United States Geological Survey. The largest shock — with a magnitude of 7.5 — was detected 50 miles north of Palu, according to USGS.
The shaking of the 7.5-magnitude tremor was “severe” and the likely damage following the quake “moderate to heavy,” the USGS said.
Local media reports that the airport at Palu has been closed until Saturday evening.
The quakes come a month after a trio of earthquakes hit several islands in the South Pacific and Indonesia, including Lombok, which is still recovering from the effects of an August 5 earthquake that killed more than 430 people.
A house sits damaged after an earthquake, in Donggala, central Sulawesi, Indonesia. Picture: AP | Source:AP
A resident is seen beside the collapsed brick wall of her house at Tobadak village in Central Mamuju, western Sulawesi province, on September 28, 2018, after a strong earthquake hit the area. – Indonesia was rocked by a powerful 7.5 magnitude earthquake on September 28, just hours after at least one person was killed by a collapsing building in the same part of the country. A resident is seen beside the collapsed brick wall of her house at Tobadak village in Central Mamuju, western Sulawesi province. Picture: AFP | Source:AFP
A collapsed house following an earthquake in Donggala, Central Sulawesi. Picture: AFP | Source:AFP
It has been three days since I realised that my blog had been blocked by Facebook.
And as of this moment, despite my report to Facebook regarding this matter I haven’t received a single response from the Facebook team.
This means I can no longer share my blog posts on Facebook until they retract the block and unblock my blog.
I feel deeply saddened by this unjust act.
Unlike what was suggested by Facebook, my blog is not a spam nor malicious.
Indeed it is a malicious act to suggest and accuse that my blog is a spam and doesn’t follow Facebook’s Community Standards.
I had started this blog over 10 years ago where I share my ideas, fiction writings, poems, news and also stories of my life.
My blog reflects my life journey, how I grow up from a 5 year old blogger to a 15 year old blogger as I am today.
The action was taken by Facebook after I wrote an analysis on an article written by activist Siti Zabedah, who wrote the article in her column in The Star about her ideas of the Malays and Muslims in Malaysia.
Is an analytical writing is considered malicious and must be blocked?
This action is against the human right and freedom of speech that I suppose is supported by Facebook.
I really hope that the Facebook team will review the report and investigate the matter fairly.
It is unfair for such a huge organisation like Facebook to block a 15 year old blogger from voicing out his opinions, and suggested that my ideas are spams and malicious.
I find this act as a bully.
It is also unfair for them to ignore my report, and acted that as if I myself, am a spam.
Sudah tiga hari sejak saya sedar bahawa laman blog saya di’block’ oleh pihak Facebook atas alasan Facebook menerima laporan bahawa laman blog saya adalah laman spam yang berniat jahat.
Sehingga ke saat ini, walaupun saya telah membuat aduan kepada pihak Facebook, saya belum lagi menerima tindakan balas daripada mereka.
Ini bermakna, saya tidak lagi boleh mengongsikan artikel dari laman blog saya ke halaman Facebook melainkan jika mereka menarik balik ‘block’ tersebut.
Saya merasa amat kesal terhadap tindakan Facebook ini, kerana jika Facebook membuat siasatan mudah sebelum mengambil tindakan, pihak Facebook bukan sahaja akan sedar bahawa saya telah sekian lama menulis di blog, tetapi juga aduan bahawa laman blog saya ialah laman spam dan berniat jahat itu adalah palsu.
Pada bulan lepas, laman blog saya telahpun mencapai umur 10 tahun, dan dari dahulu lagi, isi kandungan laman blog saya ini tidak pernah menyebarkan unsur kebencian, berniat jahat ataupun spam.
Yang ditulis di dalam laman blog saya hanyalah analisis isu, berita-berita terkini daripada serata dunia, cerita, puisi dan kisah hidup saya.
Artikel yang menyebabkan blog saya di’block’ ialah “Provokasi Siti Kasim Terhadap Melayu dan Islam”, dimana saya menganalisa tulisan Puan Siti Zabedah, yang disiarkan di kolumnya di dalam akhbar The Star.
Mungkin mereka yang melaporkan blog saya ke Facebook terkeliru kerana percaya bahawa tulisan Puan Zabedah adalah suatu kebenaran yang mutlak dan tidak boleh disangkal.
Namun bagi mereka yang membaca tulisan saya dengan teliti, tiada unsur kebencian atau niat jahat di dalam penulisan saya.
Masakan saya tidak boleh menganalisa tulisan Puan Zabedah yang merupakan seorang aktivis terkenal di kalangan netizen di Malaysia termasuk orang asli dalam memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara?
Saya mengharapkan pihak Facebook dapat meneliti semula laporan itu dan tolong perhatikan apa yang telah saya tulis di laman blog saya dengan teliti.
Tidak adil bagi satu organisasi yang besar dan terkenal itu untuk menghalang seorang remaja 15 tahun seperti saya daripada menyatakan pandangan dan pendapat, dan menafikan hak kebebasan bersuara saya dan menganggap kononnya pandangan saya itu adalah spam.
Ini juga pada saya adalah satu tindikan membuli, di mana pihak yang kuat sewenang-wenangnya menindas pihak yang lebih lemah.
Tidak adil juga bagi mereka untuk mengabaikan saya, seolah-olah saya ini tersendiri dan seorang yang bersifat spam.
Sudah tentu tindakan ini bertentangan dengan semangat negara kita yang menjanjikan hak kebebasan bersuara kepada rakyatnya.
Lebih kurang dua minggu lepas, aktivis parti politik DAP, Dato’ Zaid bin Ibrahim menulis di laman Twitternya mengenai keadaan di negara ini yang dibandingkan dengan kebanyakan negara-negara lain.
Tweet yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu diakhiri dengan, sekarang anda tahu kenapa ini adalah negara yang sukar ditadbir (Now you know why its a difficult country to govern).
Biasanya saya jarang memberi perhatian kepada kenyataan beliau tetapi kali ini apabila beliau meremehkan isu akhirat, saya terpanggil untuk menulis.
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” – (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a)
Dalam tulisannya itu Dato’ Zaid telah menyatakan kita telah menyebat wanita sedangkan tidak di negara lain, di negara lain rakyat berkahwin dengan orang dewasa tetapi kita berkahwin dengan kanak-kanak, rakyat negara lain mengambil berat tentang kehidupan (dunia) tetapi kita mengambil berat tentang akhirat. Katanya lagi, ‘Sekarang anda tahu kenapa ini adalah sebuah negara yang sukar untuk diperintah’ (“Now you know why its a difficult country to govern”).
Isu pertama ialah sebatan ke atas wanita, yang mana saya rasa adalah merujuk kepada kes sebatan Syariah keatas sepasang lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu baru-baru ini. Pertama, Dato’ Zaid perlu faham apa itu hukum Syariah, kedua, apa itu sebatan Syariah dan selepas itu apakah perbezaan di antara sebatan Syariah dan sebatan Sivil.
Oleh kerana kebanyakan negara lain hanya mengaplikasikan sebatan Sivil maka memang biasanya tiada hukuman sebat ke atas wanita. Malah, di Malaysia sebatan Sivil tidak boleh di kenakan (dihukum) ke atas wanita seperti yang tertulis di dalam Seksyen 289(a) Kanun Tatacara Jenayah Malaysia.
No sentence of whipping shall be executed by instalments, and none of the following persons shall be punishable with whipping: (a) females; (b) males sentenced to death; (c) males whom the Court considers to be more than fifty years of age, except males sentenced to whipping under section 376, 377c, 377ca or 377e of the Penal Code.
Kes di Terengganu ialah kes Mahkamah Syariah, bermakna undang-undang yang digunapakai adalah undang-undang Syariah. Berbeza dengan sebatan Sivil, sebatan Syariah adalah teramat ringan; seperti apa yang termaktub di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud and Qisas) Terengganu 2002.
Jadual kelima enakmen tersebut mengatakan bahawa:
Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pukulan yang sederhana yang mana pegawai menjalankan hukuman itu tidaklah boleh mengangkat rotan penyebat itu tinggi hingga ke paras kepalanya; dan pukulan itu hendaklah diberi berturut-turut dan tidak melebihi bilangan yang diperintahkan oleh Mahkamah.
Seperti apa yang boleh kita lihat di dalam video yang tertera di bawah ini, sebatan Syariah langsung tidak kuat kerana tujuan sebatan Syariah ialah untuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.
Dato’ Zaid juga menyebut tentang perkahwinan orang dewasa dengan kanak-kanak bawah umur, seolah-olah kes sebegitu adalah satu kebiasaan di Malaysia. Sebenarnya, kes ini teramat jarang berlaku di Malaysia dan kerana itulah ia menjadi isu yang amat panas diperkatakan. Kita mempunyai undang-undang yang meletakkan syarat bagi had umur untuk seseorang berkahwin; dan perkahwinan bawah umur hanya dibenarkan jika jabatan agama bersetuju setelah mereka yang terbabit melalui berberapa prosidur-prosidur penting. Malah pernikahan tersebut dilangsungkan di Thailand dan bukannya di Malaysia.
Saya tidak berhasrat untuk mengulas dengan panjang tentang isu-isu diatas, tetapi isu yang ingin saya sentuh adalah apabila Dato’ Zaid menulis, “They are concerned with this life; ours the next”, yang pada saya adalah keterlaluan. Seperti apa yang saya tulis sebelum ini di dalam artikel “Lekanya Melayu Diulit K-Pop”, sesetengah orang Islam sekarang terlalu mementingkan dunia yang fana ini sehingga lupakan akhirat; malah ianya menjadi satu ideologi yang dipromosikan oleh puak liberal. Berberapa hari yang lepas saya menulis tentang tulisan aktivis liberal Siti Zabedah Kasim yang juga bercakap dalam isu yang sama. Mereka sekarang seolah-olah berbangga mempertikaikan hukum Allah.
Sudah semestinya umat Islam mementingkan akhirat kerana setiap perkara yang kita lakukan di dunia ini akan menentukan keadaan kita di akhirat nanti. Kita hidup untuk mencari keredhaan Allah dan kita mesti mematuhi hukum Allah di dalam segala perkara yang kita lakukan. Jika kita hidup berpoya-poya dan bersikap ‘tidak ambil peduli’, maka kita akan mendapat balasannya nanti. Allah S.W.T. berfirman di dalam Al-Quran berkali-kali tentang perlunya kita mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Bagaimana kita mahu berjaya di akhirat, jika di dunia kita tidak berjaya menjalankan tanggung jawab kita sebagai orang Islam dengan baik?
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” ~Surah Ali ‘Imran – Ayat 104
Janganlah kita abaikan agama demi tujuan materialistik. Tanggungjawab utama kita sebagai umat Islam ialah untuk mempertahankan dan menegakkan agama Islam.
Saya berharap mereka yang terlalu gilakan dunia dapat menghayati ayat ke-13 Surah As-Syura:
Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. ~ Surah As-Syura – Ayat 13
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit. Walau apa pun Puan Zabedah mesti sedar yang beliau telah mengambil manafaat daripada kedudukan istimewa Melayu yang lantang dihinanya.
“And religion is not an economic contributor. It is an unproductive consumer of epic proportions with no returns.” (Dan agama bukanlah penyumbang kepada ekonomi. Ia (hanyalah) pengguna tidak produktif yang besar (tetapi) tanpa pulangan).Itulah diantara apa yang telah ditulis oleh aktivis liberal Siti Zabedah Kasim tentang agama Islam di dalam artikel bertajuk “The real Malay dilemma”, di kolumnya dalam akhbar The Star pada 26hb Ogos, 2018.Artikel tersebut memperlihatkan pemikirannya yang menentang dan menghina dasar pemerkasaan Islam dan Melayu di Malaysia. Zabedah menuduh ianya penyebab kepada kemunduran kaum Melayu yang didakwanya hidup dengan bantuan kerajaan (to live off the teats of the Government), kurang menyumbang kepada ekonomi negara dan menjadi ‘pengguna’ hasil cukai kaum minoriti (consumers of tax from the minorities).Jelasnya Zabedah telah menghina kaum Melayu seolah-olah kaum Melayu (kecuali golongan liberal) tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Hakikatnya, walaupun kuasa ekonomi bukan di tangan Melayu tetapi petani dan nelayan kecil Melayu juga adalah penyumbang kepada ekonomi negara, malah memberi sumber pendapatan kepada orang tengah dan pengilang yang kaya raya. Malah nilai perbelanjaan domestik orang Melayu telah mengayakan minoriti yang dibanggakan Zabedah. Apakah perbelanjaan domestik tidak menyumbang kepada ekonomi negara?Zabedah berhujah bahawa agama Islam tidak perlu dipertahanan ataupun diinstitusikan, kerana Islam dan Tuhan tidak perlukan apa-apa atau “Islam and God has no need for anything”.
“Islam does not need protection, nor does it need to be institutionalised. As a Muslim, I believe in God Almighty. His religion does not need anyone’s help, least of all from fallible human beings. Islam and God has no need for anything, but human beings do. No one represents Islam.”
Inilah pendapat golongan liberal yang tidak mahu di berada di bawah undang-undang Islam serta menentang Islam diperkasakan. Zabedah mungkin lupa bagaimana para Nabi dan Rasul berusaha untuk menegakkan dan memuliakan agama Allah dan tidak pernah berpeluk tubuh dengan alasan, “His religion does not need anyone’s help” ataupun agama Allah tidak perlu pertolongan dari sesiapa.Kita harus ingat firman Allah di dalam ayat 13 Surah As-Syura:
Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya ~Surah As-Syura [42:13] | Al-Quran.
Zabedah kemudian mengulas:
“In Malaysia today, we are obsessed with religion. Politicians and Ministers talk about religion and upholding religion. We have dedicated channels and programmes on religion on mainstream TV. Teachers force their religion and religious interpretations on children. Even the technical department, JKR (Public Works Department) for example, has set up sign boards espousing religious thoughts. Ever go to civil service offices? Observe just how many religious seminar banners and thoughts are plastered all over these places. Sometimes I wonder whether these are public services departments or religious propaganda functionaries.”
Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengangkat Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Ini bermakna Malaysia ialah sebuah negara Islam. Maka, adalah menjadi satu kewajipan keperlembagaan bagi kerajaan Malaysia untuk menegakkan Islam pada setiap masa termasuk di jabatan kerajaan, di sekolah-sekolah kerajaan, malah di mana sahaja selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di Pertuan Agong seperti yang tercatat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.Jelas Zabedah adalah pejuang dasar sekular yang mahu memisahkan agama daripada kerajaan dan tidak senang dengan adanya nilai Islam dan usaha memperkasakan Islam di jabatan kerajaan dan usaha kerajaan untuk mendaulatkan Islam sebagai agama negara.Zabedah lantas mempersoalkan kebergantungan umat Islam kepada agamanya, bertanya apakah itu satu-satunya nilai harga diri umat Islam dan apakah tidak ada lagi nilai lain pada umat Islam untuk menambah baik mutu kerja dan perkhidmatan selain (nilai) agamanya?
“Why this parade of religion in the public sphere? Is it because our people obsess on religion, as they personally have got nothing else of substance to promote that would enhance their work and the lives of the people they serve? Or that they have to cling to religion as that is their one and only part of their lives that provide them any sense of self-worth?”
Jawapannya mudah, Islam ialah satu cara hidup lengkap yang merangkumi seluruh kehidupan umatnya dan itulah harga diri kita; dan sudah semestinya umat Islam bergantung kepada Allah pada setiap masa dan tidak ada nilai yang lebih baik selain daripada nilai Islam di dalam apa sahaja yang kita lakukan. Malangnya golongan liberal itulah yang gagal menghayati pentingnya nilai Islam.Apakah Zabedah mahu mempersoalkan hukum menutup aurat dalam Islam sedangkan umat Islam wajib mematuhi hukum Allah, dan wanita Islam wajib bertudung dan menutup aurat?
“Today, our Malay society has become a society so religiously judgemental that the sight of a woman without head-cover is practically blasphemous.”
Seterusnya, Zabedah menghina masyarakat Melayu yang membiayai sekolah agama dan pusat Tahfiz sebagai “insular and superstitious in thought” atau perfikiran sempit dan percaya kepada perkara karut, dan menyoal apakah pelajarnya boleh bersaing dengan rakyat bukan Islam (Malaysian non-Muslim population)?
“Can a Malay society, more insular and superstitious in thought, that is now funding thousands of religious schools and Tahfiz centres/boarding houses than ever before in its history, create a population that is competitive to succeed in the 21st century?Can it even compete on a fair footing with the rest of the Malaysian non-Muslim population?”
Zabedah mungkin terlepas pandang bahawa Al-Quran mampu merungkai segala disiplin ilmu, cuma akal manusia biasa adalah terbatas dan tidak terdaya untuk mengkaji dan memahami segala perkara yang tertulis di dalam Al-Quran. Tokoh cendekiawan Islam seperti Al-Khwarizmi iaitu Bapa Algebra, Al-Zahrawi yang mempelopori bidang pembedahan, Jabir ibn Haiyan iaitu Bapa Kimia, Al-Haytham iaitu Bapa Optik Moden, Ibnu Battuta, Ibnu Khaldun, Al-Biruni, Ibnu Sina, Al-Khindi adalah hasil daripada sistem pendidikan Islam. Malah tulisan mereka telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan sebagainya.Ibarat meludah ke langit, terpalit ke muka sendiri! Lucunya apabila Zabedah mempersoalkan hasil daripada tempat yang diberikan kepada kaum Melayu di universiti, GLC dan jabatan kerajaan serta membuat kesimpulan sendiri bahawa itulah penyebab universiti tidak kompetitif dan ramai graduan Melayu yang tidak mendapat pekerjaan yang mana mereka diserap ke dalam perkhidmatan awam dan GLC, mengatakannya satu pentadbiran rasuah (such corrupt administrations).
“Malays have been given preferential places in universities, GLCs and the civil service for more than 40 years now, what have we got to show for it? Uncompetitive universities, a significant pool of unemployable Malay graduates and with most being employed by the civil service and the failed GLCs, and such corrupt administrations that a 93- year-old man has to come back to be the Prime Minister, that’s what.”
Lantang menyerang hak Melayu, Zabedah mungkin telah lupa yang beliau pernah belajar di ITM (kini UITM), sebuah pusat pengajian tinggi awam untuk kaum Melayu dan Bumiputra dan beliau sendiri berpeluang mendapat pendidikan di situ kerana menikmati kedudukan istimewa Melayu yang kini dihinanya.Zabedah juga menyoal;
“Would more religion help? Or would it make the population less competitive?”
“Would any of the Malay leadership be willing to change its society from a religious centric one to one that is progressive and modern in character?”
“Do you want our Malay society to continue to regress and be uncompetitive? Do you want it to drag the rest of us down the road of conservatism and economic ruin?”
Jawapan saya:
Mendakwa bahawa Islam menjadikan umatnya kurang produktif adalah satu fitnah terhadap ajaran Islam. Saya faham kalau tuduhan ini dibuat oleh orang bukan Islam tetapi agak pelik bila ianya dibuat oleh orang Islam sendiri yang sepatutnya faham tentang ajaran Islam.
Kepada soalan penulis yang menyoal jika ada pemimpin Melayu yang sanggup meliberalkan umat Islam (to change its society from a religious centric one to one that is progressive and modern in character), Nauzubillahiminzalik.
Tidak adil menuduh menginstitusikan Islam sebagai penyebab masyarakat Melayu mundur dan tidak produktif tanpa bukti kukuh.
Nampaknya Zabedah berpendapat untuk maju dan produktif, orang Melayu mesti menjadi liberal dan membelakangkan agama dan perintah Allah. Beliau percaya adanya nilai yang lebih penting dari nilai Islam untuk kemajuan masyarakat Melayu. Saya merasakan Puan Zabedah amat keliru tentang ajaran dan hukum Islam serta tanggung jawab kaum Melayu di negara kita. Malaysia adalah sebuah negara Islam dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mendefinasikan orang Melayu antara lainnya sebagai mestilah beragama Islam. Oleh itu sebagai umat Islam, adalah menjadi tanggung jawab orang Melayu untuk memelihara dan memperkasakan agama Islam di Tanah Melayu.Membuat pelbagai tuduhan tanpa bukti yang kukuh adalah tidak bijak. Zabedah sepatutnya belajar sejarah negara untuk memahami sebab sebenar kaum Melayu ketinggalan dari segi ekonomi. British telah memaksa ramai orang Melayu yang asalnya ‘orang laut’ dan peniaga di bandar menjadi petani di luar bandar. Peluang pendidikan dan perniagaan yang amat terhad di luar bandar pada zaman itu mengakibatkan orang Melayu tidak dapat bersaing dengan kaum minoriti yang tinggal di bandar. Inilah sebab kemunduran Melayu dan sudah tentu 40 tahun tidak mencukupi untuk membetulkan kerosakan yang telah berlaku dalam jangka masa yang jauh lebih lama daripada itu.Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit. Walau apa pun Puan Zabedah mesti sedar yang beliau telah mengambil manafaat daripada kedudukan istimewa Melayu yang lantang dihinanya. Juga janganlah ibaratmenggigit tangan yang memberi makan. Saya amat hairan apakah asas kemarahan Zabedah sebenarnya. Namun menariknya Zabedah juga mengaitkan persoalan ini dengan politik. Pada Zabedah, kaum bukan Melayu dan Melayu liberal adalah masyarakat progresif dan merekalah yang memenangkan Pakatan Harapan.
“A progressive leadership will only be elected by a progressive society. The only reason the Pakatan Harapan government was elected was because the progressive societies of the non-Malays and the liberal Malay voted for it.”
Kita harus sedar bahawa ideologi liberal dan sekular yang diperjuangkan golongan liberal ini menjadi ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara kita. Kita tidak mahu umat Islam terpesong akidahnya dan hidup bebas tanpa pegangan agama yang kukuh. Kejayaan sebenarnya ialah kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah S.W.T.
“Islam itu tinggi dan tiada yang melebihi ketinggiannya…”
~Hadis Riwayat ad-Daruquthni: 3564 Hasan
I came across a series of posters on the internet, entitled “The Literal Translations of Country Names”, which as the title says, lists out the literal translations of the names of the countries in this world. (Please click here for my article in Malay)
Skimming through the posters which was made in a map format, I was excited to see that Malaysia is also listed, but was really shocked to find out their literal translation of the name of my country!
As most of us know, the ‘word’ Malaysia is originated from two Greek words which are ‘Malay’ and ‘-sia’.
Like English, ‘Malay’ is the Greek for the word ‘Malay’, the dominant race in South-East Asia; whilst ‘-sia’ is a suffix which means ‘land’ in Greek (‘-σία’ in the Greek alphabet), which may also sometimes be shortened to ‘-ia’, as in Mongolia, Columbia and others.
So, the literal translation of the word Malaysia to English is ‘Malay Land’ or more precisely, ‘The Land of the Malays’.
However, the poster states that the literal translation of Malaysia is ‘Mountain City’!
I find this weird because the poster translated Russia and Mongolia as ‘Land of the Rus’, and ‘Land of the Mongols’ respectively.
The question is, if Russia is literally translated as ‘Land of the Rus’ and Mongolia as ‘Land of the Mongols’, why must Malaysia be literally translated as ‘Mountain City’ and not as ‘Land of the Malays’?
Malaysia is a country and not a city and geographically it does not make any sense for Malaysia to be called ‘Mountain City’.
When I checked their reference, it turns out that they referred to the Oxford Dictionary, which states that the word ‘Melayu’ was originated from two Sanskrit words which are “Malai” which is Mountain, and “Ur”, that means city.
The point is:
The poster is supposed literally translate the word Malaysia, and not Melayu!
The word Melayu or Malay in this context is referred to the Malay race and not a place or a city.
Now, is this a silly mistake or is it a deception in order to slowly erase the fact that Malaysia actually means Land of the Malays or Tanah Melayu from the mind of the people?
We had been seeing a lot of efforts done by various groups to deny the fact that Malaysia is actually the ‘Land of the Malays’ or Tanah Melayu.
I can’t help but to wonder if this is another effort to confuse and to corrupt the mind of the people by using the term Mountain City instead of Land of the Malays in order to distance and eventually eliminate the Malay race from the meaning of the word Malaysia.
We as the citizens of Malaysia must be patriotic and put an effort into understanding the history and ideology of our beloved country and not to be fooled by others who are spreading false informations about our country.
As stated by eminent historians, Tan Sri Khoo Kay Kim and Datuk Ramlah Adam, Malaysia is indeed Tanah Melayu or the Land of the Malays!