Keldai ‘Dicat’ Jadi Kuda Belang

28 07 2018

Mahmoud tersenyum sinis bergambar bersama haiwan terbabit di sebuah zoo di Kaherah. (Foto Mahmoud A Sarhani)

(Harian Metro) – Kaherah : Zoo di bandar ini menerima kecaman selepas didapati cuba memperdayakan pengunjung dengan mengecat badan seekor keldai supaya haiwan terbabit kelihatan seperti kuda belang.

Perkara itu disedari salah seorang pengunjung, Mahmoud A Sarhani yang melawat taman haiwan berkenaan yang baru dibuka di International Gardens Park, baru-baru ini.

Dia turut berkongsi gambar ‘kuda belang’ terbabit di akaun Facebook sebelum ia tular di media sosial.

Mahmoud dilihat bergambar bersama haiwan terbabit sambil tersenyum sinis mungkin sudah mengetahui ia sebenarnya bukanlah kuda belang.

Katanya, jika dilihat lebih dekat, beberapa perkara boleh diperhatikan iaitu telinganya lebih panjang menyerupai telinga keldai sedangkan telinga kuda belang lebih bulat.

Dia yang juga pelajar berkata, keldai mempunyai surai agak pendek berbanding kuda belang.

Selain itu katanya, walaupun dilihat secara sepintas lalu, belang badan keldai itu kelihatan agak pelik dan terdapat comot pada muka bukannya seperti terdapat pada kuda belang.

Beberapa doktor veterinar di negara itu turut membuat pengesahan bahawa haiwan berkenaan adalah keldai.

Walaupun disahkan pakar dan terdapat bukti kukuh, pengarah International Gardens Park, Mohamed Sultan tetap menegaskan haiwan itu adalah kuda belang bukannya keldai.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: