Pilu Bila Orang Islam Menidakkan Kehebatan Cendekiawan Dan Sejarah Tamadun Islam

11 07 2018

Tan Sri Zainuddin Maidin, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Zam, baru-baru ini menulis dua buah artikel di laman blognya, mengenai cadangannya yang menggesa kerajaan menutup sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia.

Memandangkan ramai telah menjawab kenyataan Zam ini termasuk Mufti Negeri Sembilan, Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya hanya akan menyentuh berberapa perkara yang tidak disentuh oleh mereka.

Pertama sekali, di dalam artikel, “Anak-Anak Sekolah Tahfiz Diexploitasi Jadi Peminta Sedekah Cemarkan Maruah Islam” Zam telah menulis bahawa:

“Tidakah ini mencemarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara?”

Sangat mengecewakan dan memalukan kerana sebagai wartawan yang terkenal, Zam masih tidak memahami ideologi negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Islam adalah agama bagi Persekutuan seperti yang jelas tercatat di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan maka mengatakan Islam hanya sebagai agama rasmi negara adalah salah dari sudut Perlembagaan dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini.

Yang kedua apabila Zam menuduh bahawa murid-murid tahfiz dieksploitasi menjadi peminta sedekah, Zam telah memberi gambaran yang buruk dan tidak adil bukan sahaja terhadap institusi tahfiz, malah juga terhadap agama Islam; seolah-olah itulah yang berlaku kepada semua sekolah tahfiz, sedangkan banyak sekolah tahfiz yang melahirkan pelajar yang hebat-hebat dan berjaya di dalam pelbagai disiplin ilmu.

Dan yang ketiga, di dalam artikel beliau, “Mengapa Saya Mahu Sekolah Tahfiz Ditutup”, Zam menulis:

Bahasa Arab tidak lagi mempunyai nilai sebagai bahasa Ilmu kecuali dibidang agama.

Pendapat Zam itu adalah salah dan sangat dangkal!

Melabelkan dan merendahkan bahasa Arab sebagai bahasa yang tidak mempunyai nilai ilmu adalah bercanggah daripada kebenaran kerana sebagai orang Islam kita tahu bahawa Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab, dan kitab suci Al-Quran itulah sumber ilmu yang utama untuk rujukan seluruh umat Islam.

Al-Quran mampu merungkai segala disiplin ilmu, cuma akal manusia biasa adalah terbatas dan tidak terdaya untuk mengkaji dan memahami segala perkara yang tertulis di dalam Al-Quran.

Tokoh cendekiawan Islam seperti Al-Khwarizmi iaitu Bapa Algebra, Al-Zahrawi yang mempelopori bidang pembedahan, Jabir ibn Haiyan iaitu Bapa KimiaAl-Haytham iaitu Bapa Optik Moden, Ibnu Battuta, Ibnu Khaldun, Al-Biruni, Ibnu Sina, Al-Khindi dan ramai lagi menulis kajian mereka di dalam Bahasa Arab.

Malah tulisan mereka telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan sebagainya.

Keempat, wajarkah Zam menghina Bahasa Arab dan menafikan kehebatan tokoh cendekiawan Arab yang mempelopori pelbagai bidang profesional dengan menulis:

Mana ada orang Arab yang terkenal di dunia dalam bidang profesional kerana bahasa Arab sendiri terbantut kemajuannya dalam bidang ilmu.”

Tidakkah Zam tahu bahawa bukan sahaja banyak karya penting dan terkenal dunia ditulis di dalam Bahasa Arab, malah ramai tokoh cendekiawan dunia adalah berbangsa Arab seperti  Al-Haytham, Al-Khindi, Jabir ibn Haiyan, Ibn Khaldun dan ramai lagi.      

Maka tidak hairanlah apabila mufti mempersoalkan kewarasan Zam kerana kenyataan-kenyataannya yang tidak masuk akal.

Advertisements

Actions

Information

3 responses

14 07 2018
12 07 2018
N. A.

Kaji lah balik secara holistik, kayu ukur apa yg kita pakai. Kuantiti atau kualiti. Imam Suyuti dlm satu hadis meriwayatkan yg hafalan tu takde makna selagi tidak melaksanakan tuntutan dari apa yg dihafal. Bkn kuantiti, ttp kualiti. Kita ada byk kuantiti tahfiz, ttp sistem politik, ekonomi, sosial masih guna sistem manusia. Tiada perubahan dari kurun 17 sampai skrg. Malah jurang kaya dan miskin bandar makin tinggi, Sudah tentu gejala sosial juga meningkat. Data dari JAIS menunjukkan gejala sosial bertambah setiap tahun..selaras dgn pertambahan kuanti sekolah agama. Krn kualiti kita menang perang badar, krn kualiti kita kalah perang uhud.

Like

12 07 2018
ahmadalikarim

Assalamualaikum. Saya rasa puan tidak membaca artikel saya sepenuhnya kerana saya tidak sentuh perkara yang puan hujahkan itu kerana ianya telah dijawab oleh berbagai pihak termasuk Tuan Mufti. Tetapi adalah tidak adil jika hanya masalah disiplin sekolah tahfiz sahaja yang dipertikaikan dan dibesar-besarkan sedangkan masalah disiplin juga wujud di sekolah-sekolah lain.

Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: