Awan ‘ombak besar’ di Sabah

10 07 2018

[Berita Harian}- BEAUFORT: Formasi awan luar biasa kelihatan seperti ‘ombak besar’ dan ‘puting beliung’ di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi tadi, menggemparkan penduduk.

Keadaan gumpalan awan berkenaan disedari antara jam 7 pagi dan 7.30 pagi iaitu ketika cuaca mendung sebelum disusuli hujan lebat.

Penduduk setempat, Jamal Djupri, 37, berkata beliau melihat awan berkenaan sewaktu berada di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort ketika mahu memulakan sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bersama 25 pelajar sekitar jam 7.10 pagi.

“Fenomena ini bukanlah kali pertama dilihat kerana keadaan sama pernah berlaku pada tahun lalu dan 2016.

“Cuaca ketika itu mendung serta sedikit berangin. Bagaimanapun, selepas berlaku gumpalan ini kira-kira lima minit, hujan turun dengan lebat seperti tadi,” katanya kepada BH.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garis badai Borneo atau kumpulan ribut petir dan tidak membahayakan.

Katanya, keadaan itu terbentuk di perairan dan persisiran pantai sekitar barat Sabah pada awal pagi akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

“Ia boleh berlaku akibat tiupan angin Barat Daya sewaktu ke daratan menjelang pagi.

“Kita menjangkakan cuaca mulai akan kembali normal menjelang petang,” katanya sambil berkata fenomena ini memang berlaku di negeri ini sebelum ini.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: