(UTUSAN ONLINE) – KUALA LUMPUR 17 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sah bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO kali ini.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Ahli Parlimen Rembau itu telah memuat naik gambar borang pencalonannya bagi jawatan Presiden.
“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bismillahirrahmanirahim, ” katanya menerusi kapsyen gambar tersebut.
Difahamkan, Khairy akan mengeluarkan kenyataannya berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.
Pengesahan tersebut menyaksikan jawatan Presiden UMNO setakat ini bakal ditandingi oleh tiga individu.
Semalam, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengesahkan bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.
Turut mengumumkan untuk bertanding jawatan tersebut sebelum ini ialah, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan blogger Rahmat Azim Abdul Aziz.
Hari ini ini merupakan tarikh akhir penghantaran nama pencalonan bagi bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini dan masa penghantaran borang sama ada menerusi kaunter ataupun dalam talian ditutup pukul 5.00 petang ini.
Related Articles: