Bangunlah… – Sebuah Sajak oleh Ahmad Ali Karim

27 05 2018

Sedih dan kecewa merobek hati
Gusar, hampa, gundah-gulana…

Namun…
Jangan tewas pada emosi,
Jangan menurut sedih di hati,
Tanamkan tekad, kuatkan hati.

Kerana…
Tiada apa yang terhenti,
Tiada noktah dalam perjuangan
Selagi nyawa dikandung badan

Mungkin dulu…
Ada yang alpa,
Ada yang leka,
Ada yang tidak jujur dalam perjuangan,
Mungkin juga kita tidak bertekad waja,

Tetapi…
Ini bukanlah satu pengakhiran,
Ini hanyalah satu cabaran

Bangkitlah wahai bangsaku,
Ayuh, jadikan ini titik permulaan!

Advertisements

Actions

Information

4 responses

29 05 2018
Atuk

Mustafa kamal Ataturk dah jatuhkan kjaan khalifah islam dan sistem khalifah dah wujud lg smpi hr ni.. Mahadey pula telah jatuhkan pemerintahan kjaan melayu islam apakah ia akan blh wujud lg.. Umat islam yg ada hr ni rindu kpd sistem khalifah begitu juga bangsa melayu akan rindu kpd umno beratus thn akan dtg.. Umat islam plg ramai dlm dunia tp dihina, ditindas, dibunuh, dirogol, diperlakukan sesuka hati tanpa rasa takut berbanding semasa rasul n sahabat masih ada.. Begitu juga yg akan terjd kpd bangsa melayu 100 thn lg walaupun plg ramai dlm negara ttp takda power.. Hr ni org melayu pengundi PH ketawa berdekah2 beratus thn akan datang keturunan mrk pula yg akan menangis air mata darah.. Mrk cuba bangkit ttp sia2 saja..soalan kpd umat islam adkh islam lbh hebat selepas kjaan khalifah jatuh? Itu jugalah yg akan jd pd bangsa melayu.. Atuk dah tua atuk akan pergi pandai2 la korang jaga diri ye..

Like

31 05 2018
ahmadalikarim

Atuk,
Keadaan masyarakat Melayu amat getir sekali. Saya sedih dan kesal kerana ramai orang Melayu dewasa dah hilang jati diri Melayu Islam. Agaknya mereka mahu dikatakan moden dan menganggap demi perpaduan hanya kaum Melayu yang mesti mengalah; kalau tidak digelar rasis. Kalau orang dewasa dah begitu, apa lagi kanak-kanak yang sebaya saya, kebanyakan mereka lebih pentingkan bola sepak Piala Dunia daripada kedaulatan Pulau Batu Puteh.
Orang UMNO macam KJ pun dah membelakangkan Perlembagaan UMNO – nak buka UMNO kepada bukan Melayu; takkan dia tak pernah nyanyi lagu UMNO – Bersatu, Bersetia, Berkhidmat? Walaupun kalah, UMNO mesti berpegang kepada Perlembagaan parti untuk memelihara agama, bangsa dan tanahair.
“Atuk dah tua atuk akan pergi pandai2 la korang jaga diri ye..” Sampai hati atuk cakap macam ini. Atuk tolong doakan keselamatan agama, bangsa dan tanahair kita. Jangan tinggalkan negara bangsa yang hancur kepada generasi saya.

Like

28 05 2018
su

Terbaik.

Like

31 05 2018
ahmadalikarim

Thanks. Please visit my blog again.

Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: