Meneliti Buku Harapan, saya mendapati terdapat banyak perkara-perkara yang mencabar, menghakis dan merendahkan kedudukan agama Islam dan hak orang Melayu yang tersirat di sebalik janji manis manifesto pakatan DAP, PKR, PAN dan PPBM itu.
Di dalam artikel saya yang terdahulu tentang Buku Harapan, saya telah mendedahkan pelbagai muslihat yang tersirat di sebalik manifesto pakatan pimpinan DAP ini yang mungkin ada orang yang telah terlepas pandang:
- Buku Harapan – Dimanakah Agenda Islam Dalam Manifesto PH?
- Pakatan DAP Menipu Orang Melayu Di Sebalik Janji Buku Harapan?
- Agenda LGBT Tersirat di dalam Buku Harapan?
Malah mereka sanggup bertindak ke tahap mahu menggunakan tanah wakaf untuk dijadikan alat sebagai penyelesaian mudah yang menguntungkan mereka tanpa mengira hukum menjual tanah wakaf!
Buktinya, pada mukasurat ke-23 Buku Harapan:
“Untuk mempertingkat pemilikan rumah di kalangan Bumiputera, Kerajaan Pakatan Harapan akan menggalakkan dan mempermudahkan proses pembinaan rumah mampu milik di atas tanah-tanah waqaf, dengan cara memberi insentif kepada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-negeri berkerjasama dengan pemaju swasta. Ini akan menambah bilangan rumah mampu milik yang menyasarkan masyarakat Muslim.”
“Untuk mempertingkat pemilikan rumah di kalangan Bumiputera” – bukankah ini bermakna bahawa pakatan DAP, PKR, PAN dan PPBM berhasrat untuk menjual rumah yang dibina di atas tanah wakaf TERMASUK kepada orang kafir, asalkan Bumiputera sedangkan hukum jual beli tanah wakaf adalah haram, bermakna tanah wakaf tidak boleh dijual walaupun kepada orang Islam.
Saya telah merujuk perkara ini kepada guru Hadith saya yang amat saya hormati, Ustaz Hj. Abdul Raof bin Hj. Ismail, untuk mendapat pengesahan tentang hukum berkenaan tanah wakaf.
Maka saya ingin bertanya kepada pemimpin pakatan DAP termasuk pengerusinya, Tun M:
- Bagaimanakah hukum mereka yang membeli rumah tersebut kerana hukum jual beli tanah wakaf ialah haram?
- Apakah yang dijual hanya rumah tanpa tanah; kalau begitu mereka boleh bina sahaja rumah di udara.
- Bagaimanakah pakatan DAP, PKR, PAN dan PPBM bercadang untuk menggunakan duit hasil jualan itu nanti dan kepada siapakah hasil jualan itu akan diserahkan?
Saya sangat faham siapa pemimpin DAP dan apa dasar parti DAP; tetapi saya kecewa dengan pemimpin PAN yang mendabik dada sebagai Islamik tetapi sanggup bersekongkol dengan dasar yang jelas menentang syariat Islam. (Sila baca: Kit Siang Akan Pinda Perlembagaan DAP?)
Kenapa mereka tidak membantah?
Adakah mereka bersetuju?
Bagaimana pula dengan pemimpin PPBM dan Wan Azizah sendiri?
Ataupun apakah nantinya mereka mahu berhelah bahawa rumah mampu milik ini hanya untuk disewakan dan bukan untuk dijual?
Kalau tidak boleh dijual beli, maka itu bukanlah rumah mampu milik; bermakna pakatan DAP, PKR, PAN dan PPBM jelas telah menipu Bumiputera dengan janji palsu.
Umat Islam di Malaysia harus sedar betapa bahayanya jika Pakatan Harapan dapat menguasai kerajaan Malaysia, kerana mereka jelas menentang pemerkasaan dasar Islam dengan pelbagai alasan, contohnya menentang Pindaan Akta 355 dan Perkara 121 (1A), menghina Islam, mesra LGBT dan sebagainya.
Mereka juga mengkritik dasar kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang mengamalkan dasar Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah mazhab Syafie.
Tun Dr. Mahathir menulis di dalam kata pengantar Buku Harapan, “Inilah dasar dan tindakan-tindakan yang akan kami laksana untuk memulih semula dan MEMBINA NEGARA serta MEMENUHI HARAPAN rakyat.”
Bermakna, inilah antara dasar dan tindakan yang bakal dilaksanakan oleh pakatan DAP, PKR, PAN dan PPBM!
Namun perkara begini tidak menghairankan memandangkan seorang senator DAP, Dr. Ariffin Omar telah dengan lantangnya menegaskan bahawa; “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city”!
Kata Tun M, dasar dan tindakan mereka adalah untuk “MEMENUHI HARAPAN rakyat”; persoalannya apakah ini HARAPAN orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah mazhab Syafie?
Malangnya masih ada orang Melayu yang belum sedar!
Related Posts:
- Buku Harapan – Dimanakah Agenda Islam Dalam Manifesto PH?
- Pakatan DAP Menipu Orang Melayu Di Sebalik Janji Buku Harapan?
- Agenda LGBT Tersirat di dalam Buku Harapan?
- Ngeh Koo Ham, Majlis Syura Ulama PAS And ‘Kalimah Allah’
- Zairil Dakwa Tun M Mencadangkan Pindaan Semberono?
- Menjawab Dr. Ariffin Omar: Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city?
- Jawapan Kepada Kenyataan Mengelirukan Khalid Samad Tentang Pindaan Akta 355
- Apa Nak Jadi Pada Tun M
- Act 355: Another Baseless and Illogical Arguement from G25
- Kerana Mudah Lupa, Tun M Kini Jadi Alat Puak Liberal Pengaruhi Melayu (Video)
- Akta 355: Poster Dangkal SIS Forum Tentang Akta 355
- Institusi Agama Fitnah G25 & Shad Faruqi? Biar Betul!
- Old Town White Coffee Halal Certification And YB Ngeh Koo Ham
- Is The Lahad Datu Incident A Conspiracy?
- Is Muhyiddin Still “A Malay First”
- Constitutionally Illiterate!
- Surat Balas Tun M Tidak Menjawab Persoalan
- Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?
- Tun Dr Mahathir, From A Statesman To A Street Demonstrator
- Tony Pua Hina Khutbah Jumaat
- What A Joke, Khalid Samad
3 thoughts on “Buku Harapan: PH Janji Jual Tanah Wakaf!? Biar Betul!”