“…salah ke “Pada muka surat 179 Buku Harapan, perkara ketiga di bawah, “Iltizam 3: Memastikan sistem pendidikan negara mengiktiraf dan membangunkan wanita” tertulis:” cerita pasal gender study?..ke ko yang xfaham apa gender study?”
Itulah komen daripada seorang pembaca merujuk kepada artikel saya, “Agenda LGBT Tersirat di dalam Buku Harapan?“.
Saya tertanya-tanya, apakah tuan yang menulis komen ini sudah membaca artikel saya sebelum menulis komen di atas kerana saya telah memperjelaskan apakah gender education dan keperluannya terutamanya merujuk kepada Iltizam 3 buku Harapan.
Saya diasuh untuk membuat kajian sebelum menulis sesuatu artikel, dan saya sebaik mungkin telah dan akan cuba memberi fakta yang tepat kerana pada saya kredibiliti penulisan adalah amat penting.
Di dalam artikel tersebut saya juga dengan jelas telah menjelaskan perkara yang amat merisaukan saya tentang gender education:
Kita boleh lihat dengan jelas bahawa gender education yang terpakai di seluruh dunia, juga mempunyai hala tuju untuk menafikan perkara stereotaip berkenaan jantina; termasuk mengamalkan konsep gender neutral, membenarkan konsep gender fluid dan seterusnya memberi kebebasan kepada individu itu untuk memilih gender mereka sendiri.
Saya sedih melihat sikap sesetengah orang sekarang ini yang hanya membaca ‘sekerat-sekerat’ atau hanya sekadar membaca tajuk dan terus mengkritik tanpa memahami perkara yang dibincangkan.
Jangan kerana politik kita sanggup membelakangkan agama Islam dan memperbodohkan diri sendiri.
Berlapang dadalah dan bacalah terlebih dahulu sesebuah tulisan sebelum menulis komen supaya kita menjadi lebih bijak dan matang.
Related posts: