Sebagai menjawab kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak bahawa hak-hak orang Melayu akan hilang jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata hak orang Melayu tetap terpelihara, malah akan dipertingkatkan jika ‘Pakatan Harapan-Bersatu’ memenangi Pilihan Raya Umum (PRU), seperti yang telah dilaporkan oleh RoketKini.
Kenyataan Lim Kit Siang itu amat lucu, mengarut dan retorik kerana mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu adalah bertentangan dengan Perlembagaan DAP; khasnya pada Fasal II Matlamat 2, 10, 11; bermakna Perlembagaan DAP mesti dipinda terlebih dahulu jika benar DAP mahu mempertahankan hak Melayu!
Malah, ramai peminpin bukan Melayu DAP dan Pakatan DAP yang gagal berbahasa Melayu dengan baik, pada hal Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan.
Bagaimanakah DAP mahu memelihara hak istimewa orang Melayu jika bangsa Melayu tidak disebut lagi, termasuk di dalam borang rasmi dan semua bangsa mahu dirangkumkan sebagai satu bangsa sahaja?


Bekas aktivis DAP, Tuan Razali Abdul Rahman telah menceritakan bagaimana orang-orang Melayu ditindas oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang; itu setakat memerintah negeri, apa lagi kalau DAP memerintah negara!
Lihat sahaja apa yang telah DAP lakukan di Perak semasa pemerintahan singkat mereka, bangsa manakah yang mendapat paling banyak keuntungan?
Bukan setakat parti DAP, malah parti PKR pun tidak berminat untuk mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu dan mereka juga tidak sensitif akan perasaan orang Melayu.

Tindakan Teresa Kok membuang tulisan Jawi pada sebuah papan tanda jalan di Kuala Lumpur jelas menindas hak orang Melayu dalam memperkasakan tulisan Jawi, tulisan asal Bahasa Kebangsaan yang mesti dipelajari oleh semua kaun di Malaysia.
Lebih teruk lagi, tindakan pemimpin DAP itu memberi gambaran bahawa pada mereka, kedudukan tulisan Jawi lebih rendah berbanding kedudukan tulisan Cina dan Tamil!

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan orang Melayu sebagai orang yang beragama Islam, maka dalam memelihara hak orang Melayu, agama Islam mesti dipelihara, di pertahankan dan diperjuangkan selaras dengan Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Apakah tindakan dan reaksi Pakatan DAP di dalam kes rampasan Bible, kes kalimah Allah, ahli politik bukan Islam berceramah di dalam surau dan masjid, cadangan pindaan Akta 355 dan sebagainya itu memelihara hak beragama orang Melayu?
Lim Kit Siang dan pemimpin bukan Islam lain DAP serta Pakatan DAP bukan setakat berkali-kali menghina Islam, malah dengan sesuka hati mencampuri urusan agama Islam walaupun ianya bertentangan dengan Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan; inikah caranya untuk membela hak orang Melayu?

Tony Pua DAP dengan biadap telah menghina Khutbah Jumaat pada 14 Februari 2014. (Sila baca di sini)
Teo Nie Ching (DAP) ialah diantara pemimpin bukan Islam Pakatan DAP yang jelas tidak menghormati agama Islam dengan berucap kepada para jemaah di ruang solat utama surau dan masjid, contoh yang lain ialah Xavier Jayakumar A/L Arulanandam, Sivarasa Rasiah dan sebagainya.
Ngeh Koo Ham pula sering mencampuri urusan orang Melayu dan agama Islam, contohnya mengatakan menurut Perlembagaan Persekutuan orang Melayu boleh murtad dan bebas memilih agama, soal sijil halal Old Town White Coffee, soal kalimah Allah dan banyak lagi.
(Sila click di sini untuk imej yang lebih besar)

Malah, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil yang walaupun mengaku beragama Islam telah berusaha menentang taraf, kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah menurut Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan; khasnya yang menghalang Mahkamah Tinggi daripada membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.
Begitu juga Dr. Ariffin Omar, seorang lagi pemimpin DAP yang walaupun mengaku beragama Islam, telah memberitahu Parlimen, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city?”
Malah pemimpin Islam PAN, PKR dan DAP bukan setakat berdiam diri, malah ada yang membela apabila pemimpin bukan Islam DAP dan PKR menghina Islam.
PAN yang mengaku kononnya ‘Islamik’, tidak boleh diharap langsung untuk membela Islam; malahan, mereka ‘ada’ Islam versi mereka sendiri, yang mirip kepada ideologi yang diperjuangkan oleh Penang Institute, puak-puak liberal (seperti SIS Forum Bhd, G25, Siti Zabedah Kasim dan ramai lagi) dan mereka yang menentang dasar negara yang memgamalkan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pemimpin Pakatan DAP termasuk peminpin PAN juga mahu duit zakat di bahagikan kepada orang-orang bukan Islam, sedangkan masih ramai lagi asnaf yang perlu dibantu.
Maka, janji Lim Kit Siang bahawa hak orang Melayu tetap terpelihara, malah akan dipertingkatkan jika ‘Pakatan Harapan-Bersatu’ memenangi Pilihan Raya Umum hanyalah menanam tebu di bibir mulut.
(Sila baca Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)? )
Semua itu hanyalah janji retorik untuk menutup pekung mereka demi untuk meraih undi orang Melayu untuk PRU 14 nanti.
Pindalah Perlembagaan DAP terlebih dahulu sebelum bercakap soal mempertahankan hak Melayu!
Related posts:
- Ngeh Koo Ham, Majlis Syura Ulama PAS And ‘Kalimah Allah’
- Zairil Dakwa Tun M Mencadangkan Pindaan Semberono?
- Menjawab Dr. Ariffin Omar: Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city?
- Jawapan Kepada Kenyataan Mengelirukan Khalid Samad Tentang Pindaan Akta 355
- Apa Nak Jadi Pada Tun M
- Act 355: Another Baseless and Illogical Arguement from G25
- Kerana Mudah Lupa, Tun M Kini Jadi Alat Puak Liberal Pengaruhi Melayu (Video)
- Akta 355: Poster Dangkal SIS Forum Tentang Akta 355
- Institusi Agama Fitnah G25 & Shad Faruqi? Biar Betul!
- Old Town White Coffee Halal Certification And YB Ngeh Koo Ham
- Is The Lahad Datu Incident A Conspiracy?
- Is Muhyiddin Still “A Malay First”
- Constitutionally Illiterate!
- Surat Balas Tun M Tidak Menjawab Persoalan
- Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?
- Tun Dr Mahathir, From A Statesman To A Street Demonstrator
- Tony Pua Hina Khutbah Jumaat
- What A Joke, Khalid Samad
11 thoughts on “Kit Siang Akan Pinda Perlembagaan DAP?”