Sebuah projek perumahan mewah di lereng bukit, Beverly Hills, di Tanjung Bungah di sini terjejas teruk dengan sebahagian binaannya runtuh akibat hujan lebat malam tadi. Nov. 5, 2017. Gambar The Star.
Hujan lebat dan angin kencang telah melanda Pulau Pinang semalam menyebabkan banjir, pokok tumbang dan tanah runtuh di Georgetown dan Seberang Perai.
Keadaan bertambah buruk akibat peningkatan paras air di sungai utama di negeri itu seperti Sungai Pinang, Sungai Air Itam dan Sungai Dondang mencecah paras bahaya dengan masing-masing mencecah 2.83 meter, 6.58 meter dan 21.88 meter..
Menurut Berita Harian, di Georgetown, antara kawasan terjejas termasuk Kampung Masjid, Jalan P Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson dan Halaman Bukit Gambir.
Manakala antara kawasan terjejas di Seberang Perai ialah Taman Siakap, Permatang Rawa, Taman Senangin, Padang Lalang, Mak Mandin dan beberapa kawasan di Penanti.
Utusan Online melaporkan beberapa buah bot dan sampan nelayan di Teluk Bahang di sini dilaporkan rosak dan terdampar di daratan selepas ditolak ribut serta angin kencang dalam kejadian awal pagi tadi.
Sebuah feri milik Penang Port Sdn. Bhd. (Penang Port) turut dilaporkan rosak selepas ditolak ombak kuat dan melanggar bahagian jeti di Terminal Feri Raja Tun Uda, Butterworth di sini.
Banjir di Georgetown, Pulau Pinang. Nov. 5, 2017. Gambar – Starpic by Lim Beng Tat
Keadaan banjir di Taman Desa Damai dan Kampung Sireh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Nov. 5, 2017. Gambar – AMIR IRSYAD OMAR/ NST
Beberapa kawasan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ditenggelami banjir, Nov. 5, 2017. Gambar – AMIR IRSYAD OMAR
Sebuah feri terdampar akibat dipukul ombak di Butterworth, Pulau Pinang. Nov. 5, 2017. Gambar – The Star.
Sebuah projek perumahan mewah di lereng bukit, Beverly Hills, di Tanjung Bungah di sini terjejas teruk dengan sebahagian binaannya runtuh akibat hujan lebat malam tadi. Nov. 5, 2017. Gambar Blog Cucu Tok Selampit.
Sebuah projek perumahan mewah di lereng bukit, Beverly Hills, di Tanjung Bungah di sini terjejas teruk dengan sebahagian binaannya runtuh akibat hujan lebat malam tadi. Nov. 5, 2017. Gambar The Star.
Sebuah projek perumahan mewah di lereng bukit, Beverly Hills, di Tanjung Bungah di sini terjejas teruk dengan sebahagian binaannya runtuh akibat hujan lebat malam tadi. Nov. 5, 2017. Gambar Utusan Melayu (M) Bhd .
Suasana banjir di Jalan P.Ramlee, Georgetown, Pulau Pinang. StarPic by :LIM BENG TATT/THE STAR/ 05 Nov 2017
Banjir di Georgetown, Pulau Pinang. Nov. 5, 2017. Gambar – Starpic by Lim Beng Tat
Tanah runtuh di Jalan Tun Sardon in Balik Pulau , Pulau Pinang selepas hujan lebat. Nov. 5, 2017. Gambar – The Star.
Banjir di Georgetown, Pulau Pinang. Nov. 5, 2017. Gambar – Starpic by Lim Beng Tat
Banjir di Georgetown, Pulau Pinang. Nov. 5, 2017. Gambar – Starpic by Lim Beng Tat
Banjir di Georgetown, Pulau Pinang. Nov. 5, 2017. Gambar – Starpic by Lim Beng Tat
Banjir melanda Pulau Pinang sekali lagi. Nov. 5, 2017. Gambar dari Gambar Utusan Melayu (M) Bhd .