
11 orang pekerja di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Bungah berhampiran Kolej Tunku Abdul Rahman, Kampus Pulau Pinang masih hilang selepas kejadian tanah runtuh yang telah meragut 3 nyawa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, kesemua mereka sedang bekerja di tapak pembinaan kondominium berhampiran lereng bukit sebelum ditimpa tanah runtuh dari kecerunan kira-kira 10 meter.
Kejadian itu telah menyebabkan 14 buruh binaan asing dan seorang warga tempatan tertimbus sehingga sedalam hampir 35 meter di dalam keadaan tanah yang berselut.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Saadon Mokhtar, dua mayat ditemukan pukul 9.15 pagi dan 10.45 pagi tadi manakala mayat ketiga kira-kira pukul 1 petang tadi.