Sebuah video yang di siarkan oleh DailyMail Online di mana seorang budak berumur 3 tahun di Vietnam ‘menunggang’ seekor ular sawa yang dijadikan haiwan peliharaan keluarganya telah tular di internet.
Kanak-kanak tersebut yang bernama Truong begitu seronok menunggang ular sawa itu di kawasan rumahnya di perkampungan Ha Long di daerah Ha Trung.
Menurut DailyMail, ular tersebut berukuran 20 kaki panjang dan beratnya 80 kilogram (176lb).
Video yang berdurasi 2 minit itu mengejutkan orang ramai, dan bagi saya, ini adalah satu tindakan yang sangat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab kerana ular sawa tersebut bukan sahaja boleh menelan kanak-kanak tersebut, malah juga anggota keluarganya yang dewasa.
Walapun keluarganya mendakwa bahawa ular sawa tersebut jinak dan selama empat tahun tidak pernah melawan tuannya, tetapi ia boleh bertindak dengan agresif bila-bila sahaja.
Bagi saya tindakan membiarkan kanak-kanak ini terdedah kepada bahaya yang boleh mengancam nyawanya adalah bertentangan dengan hak asasi kanak-kanak.
Saksikan video tersebut di bawah…