Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia

10 09 2017

Pada 31 Ogos yang lalu, Malaysia telah menyambut Hari Kebangsaan atau juga dikenali sebagai Hari Kemerdekaan.

Apabila kita bercerita tentang tarikh bersejarah ini, terdapat satu perkara penting yang sering disalah ertikan oleh ramai rakyat Malaysia, iaitu British telah menjajah seluruh Tanah Melayu.

Tanah Melayu ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British, yang dijajah hanyalah Melaka dan Pulau Pinang.

Hakikat ini di buktikan oleh Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan yang telah dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.

Dokumen yang dimulakan dengan nama Allah SWT berserta selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya dan disudahi juga dengan nama Allah SWT ini antara lainnya menyebut:

  1. Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
  2. Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Maka, terdapat dua fakta penting yang perlu difahami daripada Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan iaitu “Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan,  Selangor,  Kedah,  Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayudan “Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen”.

Ini bermakna apa yang sebenarnya berlaku ialah pada tarikh bersejarah tersebut ialah:

  1. Pergabungan Negeri-negeri Melayu dan Negeri Selat membentuk sebuah negara baharu bernama Persekutuan Tanah Melayu.
  2. Tamatnya Melaka dan Pulau Pinang daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen.

Maka jelas, yang menjadi jajahan takluk Baginda Queen hanyalah Melaka dan Pulau Pinang dan bukannya Negeri-negeri Melayu yang lain.

Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan

DokumenPemasyhuranKemerdekaan

Fakta ini di persetujui oleh pakar-pakar sejarah terkenal Tanah Air kita, termasuklah Tan Sri Professor Emeritus Dr Khoo Kay Kim, yang telah berkali-kali menegaskan bahawa pihak British tidak pernah menjajah Tanah Melayu ini.

Kalaulah kita masih bertegas mahu mengatakan bahawa British telah menjajah seluruh Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu, maka kesemua Negeri-negeri Melayu kecuali Melaka dan Pulau Pinang secara lojiknya masih lagi berada di bawah jajahan British sehingga hari ini.

Ini ialah kerana Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan hanya menyebut Melaka dan Pulau Pinang sebagai negeri-negeri yang di merdekakan daripada menjadi jajahan British mulai pada mulai 31 Ogos 1957 dan tidak Negeri-negeri Melayu yang lain.

Maka di manakah dokumen yang mengishtiharkan kemerdekaan Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen kalau benar Negeri-negeri Melayu ini telah dijajah oleh British dan merdeka mulai 31 Ogos 1957?

Banyak kes-kes mahkamah seperti Mighell v. Sultan of Johore (1894) dan Duff Development Co. Ltd. v. Government of Kelantan (1924) yang membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu kekal berdaulat dan Negeri-negeri Melayu yang beraja tidak pernah ditakluki oleh British sepanjang British berada di Tanah Melayu.

Tidak mungkin mahkamah dan kerajaan British boleh memperakui kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Negeri-negeri Melayu jika kerajaan Melayu tersebut telah menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Queen. 

Seperti kata Tan Sri Professor Emeritus Dr Khoo Kay Kim di dalam video di bawah, kita tidak pernah dijajah, British hanyalah pekerja iaitu penasihat, manakala Raja-Raja Melayu ketika itu masih merupakan Raja-Raja yang berkuasa mutlak ke atas jajahan takluk baginda masing-masing dan kekal berdaulat di bumi Tanah Melayu ini.

Advertisements

Actions

Information

22 responses

4 02 2019
Islam, Melayu, Raja Berpisah Tiada | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

21 01 2019
21 01 2019
Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

15 01 2019
Sultan Abdullah Yang di-Pertuan Agong XVI? | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

6 12 2018
Malayophobia: Penyakit Baru Yang Melanda Negara? | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

6 12 2018
Malayophobia: Penyakit Baharu Yang Melanda Negara? | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

6 12 2018
Malayophobia: Penyakit Baharu Yang Melanda Negara? | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

3 12 2018
Apabila Raja-Raja Melayu Telah Bersuara | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

13 11 2018
ICERD Mencabar Perpaduan, Perlembagaan Dan Kontrak Sosial | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] kini, sudah ada sebilangan warganegara Malaysia yang bukan sahaja buta sejarah dan tidak memahami sejarah di sebalik penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, malah berusaha untuk menghapuskan sejarah negara […]

Like

31 10 2018
Masih Relevankah Sistem Beraja? | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

29 08 2018
Pengertian Nama Malaysia: Antara Fakta dan Auta | Ahmad Ali JetPlane

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

29 08 2018
Pengertian Nama Malaysia: Antara Fakta dan Auta | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

20 08 2018
Lekanya Melayu Diulit K-Pop | Ahmad Ali JetPlane

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

20 08 2018
Lekanya Melayu Diulit K-Pop | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

17 08 2018
Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan | Malaysia Updates News Portal

[…] seperti Tan Sri Khoo Kay Kim dan Datuk Ramlah Adam telah berkali-kali menegaskan perkara ini. Sila baca di sini: Di Sebalik Hari […]

Like

17 08 2018
Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan | Ahmad Ali JetPlane

[…] Tan Sri Khoo Kay Kim dan Datuk Ramlah Adam telah berkali-kali menegaskan perkara ini. Sila baca di sini: Di Sebalik Hari […]

Like

17 08 2018
Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Tan Sri Khoo Kay Kim dan Datuk Ramlah Adam telah berkali-kali menegaskan perkara ini. Sila baca di sini: Di Sebalik Hari […]

Like

9 08 2018
Communism and confusion – The Malayan

[…] never colonised by the British. Possessions of the British mentioned in the Federation of Malaya Declaration of Independence as “colonies of Her Brittanic Majesty” were limited to the Strait […]

Like

3 08 2018
Ideologi Komunis dan Kekeliruan yang Nyata | Karim's Blog

[…] dan berdaulat; dan tidak dijajah oleh British. Tanah yang dijajah British atau didalam dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu disebut sebagai” jajahan takluk Baginda Queen” hanyalah Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan […]

Like

1 08 2018
Ideologi Komunis dan Kekeliruan yang Nyata | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] dan berdaulat; dan tidak dijajah oleh British. Tanah yang dijajah British atau didalam dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu disebut sebagai” jajahan takluk Baginda Queen” hanyalah Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan […]

Like

1 08 2018
Ideologi Komunis dan Kekeliruan yang Nyata | Ahmad Ali JetPlane

[…] dan berdaulat; dan tidak dijajah oleh British. Tanah yang dijajah British atau didalam dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu disebut sebagai” jajahan takluk Baginda Queen” hanyalah Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan […]

Like

26 07 2018
Ikatan Ukhwah Yang Semakin Terhakis | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia […]

Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: