Video: Banjir Kilat di Jalan Kuching

Difahamkan, kejadian pukul 5.15 petang itu berpunca daripada limpahan air dari Sungai Batu ke jalan berkenaan selepas hujan lebat.

Video kejadian banjir kilat itu sempat dirakamkan netizen dan tular di media sosial.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, laluan itu kembali pulih kira-kira pukul 6 petang selepas air surut.

“Pihak bomba juga telah mengambil tindakan untuk mengalihkan laluan bagi menyuraikan kesesakan di laluan tersebut,” katanya di sini. – UTUSAN ONLINE

 

%d bloggers like this: