Lim Guan Eng v. Donald Trump: Siapa Yang Dungu?

28 08 2017

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini telah membuat satu kenyataan yang kasar terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan mengatakan bahawa Presiden Trump itu adalah seorang yang ‘dunggu’ dan menambah walaupun ada peluang, beliau tidak mahu berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat itu kerana “jumpa orang macam ini, kita sendiri jadi bodoh”.

Apakah benar Lim Guan Eng tidak akan berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat itu yang dikatakannya sebagai “seorang yang rasis, seorang yang kolot dan seorang yang tak hormati pendidikan” jika diberi peluang?

Seterusnya, Lim Guan Eng mempertikaikan pemilihan Trump sebagai presiden oleh rakyat Amerika Syarikat dengan berkata, “…tapi sayapun tak tahu macam mana dia boleh dipilih menjadi presiden”.

Ada dua perkara tentang kenyataan ini yang mahu saya sentuh:

  1. Seseorang pemimpin mesti menghormati dasar diplomatik negara dan Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri tidak boleh dengan sesuka hati menghina dan memburukkan pemimpin negara lain, apatah lagi seorang Presiden. Jika pemimpin negara lain mengatakan bahawa Guan Eng itu dungu, saya pasti beliau akan tersangat marah dan membuat kenyataan balas terhadap perkara itu.
  2. Sebutan perkataan dungu adalah seperti ejaannya iaitu ‘dungu’ dan bukannya ‘dunggu’ seperti yang disebut berulang kali oleh Lim Guan Eng. Lim Guan Eng adalah seorang rakyat Malaysia yang telahpun hidup di Tanah Melayu ini selama hampir 55 tahun, takkanlah sebutan Bahasa Melayunya pun belum betul lagi. 

Saya tidak faham keperluan Lim Guan Eng ‘mendunggukan’ Presiden Trump, tetapi jangan kerana terlalu seronok ‘mendunggukan’ orang lain membuatkan beliau sendiri yang nampak dungu.

Persoalan seterusnya ialah, apakah orang yang tidak memahami dan menghormati protokol layak menjadi seorang pemimpin negara?

Advertisements

Actions

Information

3 responses

29 09 2017
LGE Lantik Pengkhianat Raja Sebagai Pegawai Penerangan Tentang Islam | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Lim Guan Eng v. Donald Trump: Siapa Yang Dungu? […]

Like

15 09 2017
Jalil

Banyak perkara macam ni senang je nak faham dik, orang Cina memang “boleh” hina orang lain, diaorang kena hina tak boleh.


Yang video pertama tu, yang dua pertama je boleh faham dah. Lepas tu video kedua tu untuk tutupkan, tapi apa yang boleh dirumuskan ialah orang Cina ada “privilege” untuk hina orang lain.

Like

21 09 2017
ahmadalikarim

Dear En. Jalil,
🙂

Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.




%d bloggers like this: