Tidak Boleh Terima Protokol Istana, Tapi PKR Mahu Perintah Johor

Sukar untuk saya fahami pemikiran sesetengah pemimpin parti politik yang membuat kenyataan sesuka hati tanpa memahami sistem undang-undang negara, adab dan tatasusila bangsa.

Bagaimana mereka boleh mentadbir sebuah negara jika bertindak sesuka hati dan bersikap tidak matang seperti budak-budak kecil?

Tular di media, kenyataan biadap Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim di Facebooknya, “Jika saya, saya akan keluar dari majlis itu. Saya tidak boleh terima penghinaan seperti ini”.

Itulah kata-kata sombong pemimpin parti liberal, belum menjadi pemimpin negeri, sudah angkuh dan biadap menghina protokol istana.

Status itu juga telah menghina Tuanku Sultan dan istana Johor.

Seperti pesan MB Johor, jangan biarkan Johor menjadi Pulau Pinang 2.

Bila status itu sudah tular, jangan pula pemimpin PKR ini menuduh orang lain menggodam Facebooknya.

Bila komen begini dah menjadi viral, harap-harap jangan pula cakap kena ‘hack’.
%d bloggers like this: