Month: Aug 2017
Harvey: Before And After Photos Of Catastrophic Houston Flood
Hurricane Harvey which made landfall in Texas as a Category 4 storm on August 25, caused “epic and catastrophic” flooding especially in Houston and some other parts of Texas.
Floodwaters are expected to rise further in the inundated Houston as the flood situation in Texas is expected to worsen in the coming days.
Below are some before and after photos of the flood caused by Hurricane Harvey taken from Yahoo! News and The Guardian.
Please click the photos for larger images:
Lim Guan Eng v. Donald Trump: Siapa Yang Dungu?
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini telah membuat satu kenyataan yang kasar terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan mengatakan bahawa Presiden Trump itu adalah seorang yang ‘dunggu’ dan menambah walaupun ada peluang, beliau tidak mahu berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat itu kerana “jumpa orang macam ini, kita sendiri jadi bodoh”.
Apakah benar Lim Guan Eng tidak akan berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat itu yang dikatakannya sebagai “seorang yang rasis, seorang yang kolot dan seorang yang tak hormati pendidikan” jika diberi peluang?
Seterusnya, Lim Guan Eng mempertikaikan pemilihan Trump sebagai presiden oleh rakyat Amerika Syarikat dengan berkata, “…tapi sayapun tak tahu macam mana dia boleh dipilih menjadi presiden”.
Ada dua perkara tentang kenyataan ini yang mahu saya sentuh:
- Seseorang pemimpin mesti menghormati dasar diplomatik negara dan Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri tidak boleh dengan sesuka hati menghina dan memburukkan pemimpin negara lain, apatah lagi seorang Presiden. Jika pemimpin negara lain mengatakan bahawa Guan Eng itu dungu, saya pasti beliau akan tersangat marah dan membuat kenyataan balas terhadap perkara itu.
- Sebutan perkataan dungu adalah seperti ejaannya iaitu ‘dungu’ dan bukannya ‘dunggu’ seperti yang disebut berulang kali oleh Lim Guan Eng. Lim Guan Eng adalah seorang rakyat Malaysia yang telahpun hidup di Tanah Melayu ini selama hampir 55 tahun, takkanlah sebutan Bahasa Melayunya pun belum betul lagi.
Saya tidak faham keperluan Lim Guan Eng ‘mendunggukan’ Presiden Trump, tetapi jangan kerana terlalu seronok ‘mendunggukan’ orang lain membuatkan beliau sendiri yang nampak dungu.
Persoalan seterusnya ialah, apakah orang yang tidak memahami dan menghormati protokol layak menjadi seorang pemimpin negara?
Photos: Hurricane Harvey Downgraded To Category 3 As It Made Second Landfall

About three hours after Hurricane Harvey made landfall in Texas as a Category 4 storm, it was downgraded to a Category 3 storm as it made a second landfall on the northeastern shore of Copano Bay after winds decreased to 125 mph from maximum sustained winds of 130 mph.
Earlier, the National Hurricane Center said the Category 4 Hurricane Harvey made landfall Friday night on the Texas coast between Port Aransas and Port O’Connor at around 10 pm local , with very strong winds of 130 mph, bringing up to 13 feet of storm surge, large, destructive waves and very heavy rain.
At the time, the storm’s eye was 30 miles away from the coastal city of Corpus Christi, Texas causing power outrages in the city and nearby towns.
Harvey is the first Category 4 hurricane to make landfall in the United States since Hurricane Charley hit Florida in 2004.
Forecasters predicted that the slow-moving storm will dump heavy rain on South Texas and parts of Louisiana until the middle of next week, where some places could receive as much as 40 inches.
Catastrophic flooding is expected, including in inland areas as river water levels rise.
Please click the photos for larger images:
Video: Lim Kit Siang Kat Mana?
Bicara Kemerdekaan @ SMKTSMR – My First Solo Talk

On the 21st of August, I was invited for an hour of ‘sharing session’ with students from the SMK Tan Sri Mohamed Rahmat in Kempas, Johor Bahru as part of Muafakat Pendidikan Johor’s ‘Jelajah Kemerdekaan’ program.
I am very honoured and very happy to be invited and I would love to thank the Principle, Puan Rusaini Ahmad, the YDP and the president of Muafakat Pendidikan Johor, Cikgu Mohd Ridhwan Othman, the teachers and students of the SMK Tan Sri Mohamed Rahmat for having me at the school.
I talked about the history and the formation of Malaysia, the basic history, principals and sovereignty of our country as well as a brief introduction of the Federal Constitution of Malaysia.
It was an awesome experience for me as it was my first solo program.
Below are photos of the event taken by both my father and my elder sister Aeshah Adlina.
Please click the photos for larger images:
Jelajah Kemerdekaan Muafakat Pendidikan Johor
Alhamdulillah, yesterday I successfully gave my first full-length speech at a program in Johor.
The program, Jelajah Kemerdekaan Muafakat Pendidikan Johor was held at the Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Mohamed Rahmat in Johor Bahru, and I, as the ambassador of Muafakat Pendidikan Johor talked about the basis of the sovereignty and formation of Malaysia.
I will update with photos and more information as soon as possible.
Tidak Boleh Terima Protokol Istana, Tapi PKR Mahu Perintah Johor
Sukar untuk saya fahami pemikiran sesetengah pemimpin parti politik yang membuat kenyataan sesuka hati tanpa memahami sistem undang-undang negara, adab dan tatasusila bangsa.
Bagaimana mereka boleh mentadbir sebuah negara jika bertindak sesuka hati dan bersikap tidak matang seperti budak-budak kecil?
Tular di media, kenyataan biadap Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim di Facebooknya, “Jika saya, saya akan keluar dari majlis itu. Saya tidak boleh terima penghinaan seperti ini”.
Itulah kata-kata sombong pemimpin parti liberal, belum menjadi pemimpin negeri, sudah angkuh dan biadap menghina protokol istana.
Status itu juga telah menghina Tuanku Sultan dan istana Johor.
Seperti pesan MB Johor, jangan biarkan Johor menjadi Pulau Pinang 2.
Bila status itu sudah tular, jangan pula pemimpin PKR ini menuduh orang lain menggodam Facebooknya.

Beautiful Perfectly Timed Photos That Tells A Different Story

I found this stunning photos on the internet.
Snapped at the right moment, it gives a hilarious coincidence or a beautiful illusion to other wise just ordinary photos.
Please click the photos for larger images:
Jangan percaya tular hari wukuf pada Jumaat
MEKAH 16 Ogos – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) meminta rakyat Malaysia dan jemaah haji di sini supaya tidak mempercayai satu mesej yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, berhubung tarikh penetapan hari wukuf yang kononnya jatuh pada hari Jumaat, 1 September ini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman memberitahu, jika diikutkan semua tarikh hijrah termasuklah penetapan hari wukuf dan hari raya Aidiladha adalah bergantung kepada kalendar ummul qura’ (kalendar Islam) yang dipakai bersama dengan pihak Arab Saudi.
“Jadi, sekiranya kalendar ummul qura’ itu diguna pakai, maka hari wukuf pada 9 Zulhijah itu jatuhnya adalah pada 31 Ogos ini iaitu pada hari Khamis,” katanya kepada wartawan Malaysia di Ibu pejabat Tabung Haji bangunan Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.
Beliau menjelaskan isu mesej yang tular dalam kalangan jemaah haji Malaysia di sini, begitu juga di tanahair sejak beberapa hari yang lalu.
Katanya, setiap tahun pihak Arab Saudi akan melihat anak bulan sebelum mengisytiharkan bulan yang baru.
“Maka mereka (Arab Saudi) akan melihat anak bulan pada 21 Ogos ini untuk menentukan sama ada keesokan harinya adalah 30 Zulkaedah ataupun 1 Zulhijah, iaitu bulan baru.
“Daripada keputusan itu nanti, kita akan mengetahui tarikh hari Wukuf dan Aidiladha. Maka kita tunggulah pengisyhtiharan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi,” ujarnya.
Beberapa hari lalu, satu mesej kononnya pihak Arab Saudi memutuskan hari Rabu, iaitu 23 Ogos sebagai 1 Zulhijah dan hari wukuf pada hari Jumaat, manakala Aidiladha adalah pada Sabtu, 2 September. – UTUSAN ONLINE