Malaysia Bukan Sekular

28 03 2017

Salah tanggapan bahawa Perlembagaan Malaysia bersifat sekular kerap berlaku memandangkan ramai yang tidak memahami definisi sebuah negara sekular. Masih ramai yang merasakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dengan Islam hanya sebagai agama rasmi. Perkara ini bertambah parah kerana adanya golongan yang dengan sengaja dan penuh tipu helah mendesak supaya Malaysia dinobatkan sebagai sebuah negara sekular demi untuk mencapai agenda mereka untuk menjatuhkan Agama Negara, iaitu Islam.

Untuk memahami perkara ini, kita mesti melihat dua dokumen penting, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan buku ‘The Principles of Secularism Illustrated’ yang ditulis oleh George Jacob Holyoake, pengasas sekularisme. Di dalam buku tersebut, George Jacob Holyoake mendefinisikan sekularisme sebagai pemisahan agama daripada pentadbiran negara. Manakala Perlembagaan Persekutuan Malaysia, melalui Perkara 3(1) mengistiharkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan.

Jika sekular bermakna memisahkan agama daripada pentadbiran negara, bagaimana mungkin Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara sekular sedangkan Perlembagaan Persekutuan sendiri menyebut bahawa Islam adalah agama Persekutuan?

Jadi, apakah ciri-ciri negara sekular? Kita ambil Amerika Syarikat, sebuah negara sekular yang dikenali ramai sebagai contoh. First Amendment (Amendment I) kepada Perlembagaan Amerika Syarikat menyatakan dengan khusus tentang pemisahan agama daripada pentadbiran negara selaras dengan definasi sekularisme. Ciri-ciri ini menjadikan Amerka Syarikat sebagai sebuah negara sekular.

Amendment I: Congress shall make no law respecting an establishment of religion, or prohibiting the free exercise thereof; or abridging the freedom of speech, or of the press; or the right of the people peaceably to assemble, and to petition the Government for a redress of grievances.

Oleh kerana Perlembagaan Amerika memisahkan gereja (agama) daripada pentadbiran negara, maka kerajaan Amerika tidak boleh ada kena mengena dengan agama. Malah adalah melanggar perlembagaan negara itu jika lambang agama termasuk lambang agama Kristian di letakkan di atas tanah kerajaan, biarpun majoriti penduduknya adalah beragama Krisitan. Contoh terbaik ialah kes Mount Soledad Easter Cross di San Diego, California.

Pada tahun 1954, sebuah palang salib berukuran 9 meter tingginya dibangunkan di atas sebuah tanah perkuburan milik kerajaan. Perkara ini membawa kepada kes mahkamah yang berlarutan sehingga lebih 25 tahun dan akhirnya pada tahun 2011 mahkamah mengekalkan keputusan bahawa binaan palang salib di atas tanah kerajaan melambangkan sokongan kerajaan kepada agama yang tidak berperlembagaan atau “an unconstitutional government endorsement of religion” dan telah melanggar ‘First Amendment’ Perlembagaan Amerika.

Juga di Amerika, 14 palang salib putih telah didirikan di tepi lebuhraya di antara Farmington dan Kaysville di Utah bagi memperingati 14 orang anggota polis trafik lebuhraya yang terkorban di situ. Kes itu dibawa oleh kumpulan American Atheists hingga ke Mahkamah Rayuan Amerika dan akhirnya ketiga-tiga hakim mahkamah itu memutuskan bahawa salib-salib putih tersebut melanggar “Establishment Clause” Perlembagaan Amerika (“white crosses violate the Establishment Clause of the Constitution”) kerana salib-salib itu adalah lambang agama, maka tidak boleh didirikan di atas tanah kerajaan.

Contoh kedua ialah Turki, sebuah negara yang sering disalahanggap sebagai sebuah negara Islam. Walaupun 98 peratus penduduknya beragama Islam, Perkara 2 Perlembagaan Republik Turki menyebut bahawa Turki adalah negara sekular.

ARTICLE 2- The Republic of Turkey is a democratic, secular and social state governed by rule of law, within the notions of public peace, national solidarity and justice, respecting human rights, loyal to the nationalism of Atatürk, and based on the fundamental tenets set forth in the preamble.

Oleh itu, kerajaan Turki tidak boleh menggunakan apa-apa nama atau lambang agama kepada apa-apa institusi di negara itu sehinggakan kerajaan Turki terpaksa menamakan bank Islam negara itu sebagai Bank Ortak (Bank Partisipasi).

Bukan setakat itu sahaja, malah perlembagaan sekular Turki juga menghalang hak wanita Islam untuk bertudung di bangunan kerajaan seperti pejabat kerajaan, mahkamah, sekolah dan universiti. Malah, ahli parlimen Istanbul, Merve Kavakçı pernah dilarang memasuki parlimen negara itu kerana bertudung walaupun akhirnya beliau dibenarkan atas nama Hak Asasi Manusia. Namun, hak untuk wanita lain bertudung di bangunan awam masih dinafikan. Itulah keadaannya di negara sekular.

Bukan setakat itu sahaja, malah perlembagaan sekular Turki juga menghalang hak wanita Islam untuk bertudung di bangunan kerajaan seperti pejabat kerajaan, mahkamah, sekolah dan universiti. Malah, ahli parlimen Istanbul, Merve Kavakçı pernah dilarang memasuki parlimen negara itu kerana bertudung walaupun akhirnya beliau dibenarkan atas nama Hak Asasi Manusia. Namun, hak untuk wanita lain bertudung di bangunan awam masih dinafikan. Itulah keadaannya di negara sekular.

Begitu juga India. Mukadimah Perlembagaan India menyebut bahawa India adalah sebuah negara sekular.

“WE, THE PEOPLE OF INDIA, having solemnly resolved to constitute India into a SOVEREIGN SOCIALIST SECULAR DEMOCRATIC REPUBLIC and to secure to all its citizens …”

Maka, walaupun Perlembagaan India masih mengiktiraf agama, namun India tidak mempunyai agama rasmi, jauh sekali agama negara kerana sebagai sebuah negara sekular, negara India tidak boleh mempunyai agama.

Advertisements

Actions

Information

6 responses

19 06 2017
Kepimpinan PAN Yang Buta Hati Dan Keliru | Ahmad Ali JetPlane

[…] Malaysia bukanlah sebuah negara sekular. […]

Like

19 06 2017
Kepimpinan PAN Yang Buta Hati Dan Keliru | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Malaysia bukanlah sebuah negara sekular. […]

Like

7 06 2017
The Constitutionally Illiterate Tawfik Tun Dr Ismail | Ahmad Ali JetPlane

[…] problem is, he does not understand the definition of a secularism which means the separation of religion and state. His above statement does not define a secular […]

Like

7 06 2017
The Constitutionally Illiterate Tawfik Tun Dr Ismail | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] problem is, he does not understand the definition of a secularism which means the separation of religion and state. His above statement does not define a secular […]

Like

31 03 2017
Grow Up, MCA! | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] I wrote in my article for the news portal Menara, in a secular country, the State does not have a religion and cannot has anything to do in relation […]

Like

31 03 2017
Grow Up, MCA! | Ahmad Ali JetPlane

[…] I wrote in my article for the news portal Menara, in a secular country, the State does not have a religion and cannot has anything to do in relation […]

Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: