Zairil Dakwa Tun M Mencadangkan Pindaan Semberono?

Saya tidak terkejut apabila ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil yang walaupun mengaku beragama Islam tetapi menentang taraf, kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam artikel yang bertajuk, “Kembalikan kuasa Mahkamah Persekutuan sebagai pemutus muktamad isu undang-undang”, yang telah disiarkan oleh RoketKini.com, Zairil mempertikaikan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menghalang Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.

>>>Tekan sini untuk baca artikel tersebut<<<

Tidak setakat itu, ahli Parlimen DAP itu juga mencadangkan agar bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah untuk menghakimi “hal-hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi, termasuk dalam kes-kes yang melibatkan Perkara 121(1A) di mana Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa” itu dirampas atau ditarik balik.

Lebih parah lagi, dengan memberi gambaran bahawa Perkara 121(1A) itu seolah-olah tidak adil dan satu “dilema sistem kehakiman”, pemimpin DAP itu mencadangkan satu jalan pintas diambil untuk merampas bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui jalan belakang, seperti kenyataannya, “Malah, ini boleh dibuat dengan mudah tanpa pindaan Perlembagaan atau apa-apa perubahan kepada Perkara 121”.

Bukankah cadangan Zairil itu bermakna menarik balik bidang kuasa Mahkamah Syariah secara ‘bypass’ Perlembagaan Persekutuan?

Kenyataan Zairil:

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Mahkamah Persekutuan dikembalikan tarafnya sebagai pemutus muktamad dalam segala isu undang-undang, yakni sebagai Mahkamah Perlembagaan. Malah, ini boleh dibuat dengan mudah tanpa pindaan Perlembagaan atau apa-apa perubahan kepada Perkara 121.

Penyelesaian kepada masalah ini boleh dicapai melalui pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman dalam dua perkara. Pertamanya, pendefinisian bidang kuasa Mahkamah Persekutuan harus menyatakan dengan jelas bahawa Mahkamah Persekutuan tidak dihadkan kepada bidang kuasa yang sama dengan Mahkamah Tinggi.

Kedua, satu prosedur harus diperkenalkan bagi membenarkan pengemukaan petisyen secara langsung kepada Mahkamah Persekutuan dalam hal-hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi, termasuk dalam kes-kes yang melibatkan Perkara 121(1A) di mana Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa. 

~Zairil (DAP)

Kalau dahulu Lim Guan Eng dengan celuparnya membuat fitnah dan hasutan jahat menuduh UMNO sanggup bekerjasama dengan PAS untuk “bypass the Federal Constitution to allow these laws to take effect” dalam hal Akta 355, kini terbukti siapa sebenarnya yang berniat jahat untuk “bypass the Federal Constitution” untuk mencapai hasrat mereka.

“MCA, MIC, Gerakan and SUPP deserve public condemnation for betraying their principles and promises to uphold and defend the Federal Constitution but also for their political expediency to continue to deceive the people by supporting UMNO that is willing to work together with PAS to bypass the Federal Constitution to allow these laws to take effect.”

~Lim Guan Eng

Lebih teruk lagi, Zairil juga telah memberi sebab yang tidak masuk akal dalam mempertikaikan Perkara 121(1A):

Jika kita kembali kepada Perlembagaan, Perkara 75 menyatakan bahawa undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri, manakala Perkara 4 menyatakan Perlembagaan Persekutuan mengatasi semua undang-undang lain. Hal ini jelas dan tidak dipertikaikan.

~Zairil (DAP)

Walaupun undang-undang Syariah itu dibawah negeri, namun sistem Mahkamah Syariah adalah sebahagian daripada sistem perundangan Persekutuan; kerana kedudukan Mahkamah Syariah telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 121(1A).

Selain daripada Zairil, Lim Kit Siang juga mempertikaikan Perkara 121(1A).

Menariknya pada masa yang sama, rakan sekumpulan mereka iaitu PKR menyangkal tuduhan DAP dan mengiktiraf Perkara 121(1A) sebagai penting dan baik sehingga mendakwa pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahimlah yang memainkan peranan utama dalam usaha untuk menambah Fasal 1A kepada Perkara 121.

At the Federal level, upon the initiatives of the late Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim and Datuk Seri Anwar Ibrahim, Article 121 (1A) was introduced to the Federal Constitution. The introduction upgraded the legal position of the Syariah Courts without infringing the civil on the court rights of non-Muslims. It must be stress that this initiative was discussed by the Islamic Consultation Body, the Islamic Centre (now JAKIM), and the Cabinet.

~Strengthening Islamic Jurisprudence in Malaysia – Page 20

Malah, bukan setakat itu sahaja, tetapi jika mereka membaca Hansard Parliamen, mereka akan mendapati bahawa rakan baik terkini parti DAP, Tun Dr. Mahathirlah yang merupakan orang yang mencadangkan penambahan Fasal 1(A) kepada Perkara 121 di Parlimen pada tahun 1988.

Jadi, apakah Zairil menuduh Dr. M seorang yang tidak cermat dan tidak berfikiran panjang sehingga mencadangkan satu “pindaan semberono” yang “telah meninggalkan warisan yang buruk kepada negara kita”?

Pindaan semberono yang dibuat pada tahun 1988 telah meninggalkan warisan yang buruk kepada negara kita dan mencetuskan krisis Perlembagaan dan penafian hak dan kebebasan asasi rakyat seperti yang berlaku dlm kes-kes S. Deepa dan Indira Gandhi.

~Zairil (DAP)

Apakah pindaan Perkara 121(1A) yang dituduh satu “pindaan semberono” oleh Zairil akan benar-benar menjadi satu “dilema” kepada DAP, PKR dan PPBM?

Maka persoalannya ialah:

  1. Apakah pendirian bersama parti DAP, PKR dan PPBM mengenai Perkara 121(1A)?
  2. Siapakah yang akan beralah dalam soal ini atau adakah PKR dan PPBM hanya bermain politik dan akhirnya akan akur akan semua kehendak DAP?
  3. Sanggupkah PKR dan Tun Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP untuk menarik balik bidang kuasa Mahkamah Syariah?
  4. Di manakah suara pemimpin Islam mereka yang pernah berkata mahu memperkasakan Mahkamah Syariah?
  5. Apakah inilah yang mereka maksudkan sebagai pemerkasaan Mahkamah Syariah versi mereka?

 

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Columnist at Utusan Malaysia. RCE Youth Coordinator at RCE Greater Gombak. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).