Saya terkejut dan merasa amat sedih dan kecewa membaca kenyataan Dr Mahathir (Tun M) seperti yang disiarkan oleh MalaysiaKini di bawah tajuk, “Dr M: Nabi tak ada RM2.6b, 1MDB”.
Mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini kenyataan mengaitkan Najib dengan kehendak Allah serta sikap walak, Dr Mahathir (Tun M) berkata ia seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi. – MalaysiaKini
(Sila rujuk minit ke 16:45 dalam video diatas)
Seterusnya MalaysiaKini melaporkan Tun M berkata:
“Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB,” katanya disambut ketawa orang ramai. – MalaysiaKini.
Dalam laporan sama MalaysiaKini menulis Tun M membuat kenyataan di atas semasa menghadiri Konvensyen Tahunan DAP, sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO.
MalaysiaKini melaporkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata:
“Takdir Allah SWT mengkehendakinya begitu (Najib menjadi presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia)”. – MalaysiaKini
Kemudian, Datuk Rizal Mansor telah menulis di dalam Facebooknya:
Marah dengan kenyataan di atas, Tan Sri Zainuddin Maidin telah menjawab kenyataan Datuk Rizal Mansor di blog beliau.
Komen saya:
- Janganlah terlalu berpolitik sampai tidak takut pada Allah S.W.T. dan bercakap sesuka hati, lebih- lebih lagi perkara yang berkait dengan akidah.
- TPM tidak menyamakan PM Najib dengan Nabi S.A.W. tetapi itu hanyalah tuduhan dan rekaan Tun M.
- Kenapa sampai Tun M sanggup mengaitkan Nabi S.A.W. dalam hal ini?
- Bukankah apa yang dikatakan oleh TPM itu adalah betul, kerana sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa apa sajaja yang berlaku di dunia ini ditentukan oleh Allah S.W.T.?
- Bukankah dengan mengatakan, “Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB,” itu menghina Rasulullah S.A.W., lebih teruk lagi bila ianya disambut ketawa orang ramai?
- Sebagai sahabat Tun M, Tan Sri Zainuddin Maidin sepatutnya menasihat dan menegur Tun M dan bukannya memperbetulkan yang salah.
- Saya tidak faham bagaimana Tan Sri Zainuddin Maidin sanggup menulis bahawa, “Rizal percaya bahawa Nabi mempunyai akaun sebenar RM 2.6 Billion, dan mengatakan Nabi tak ada akaun sebesar itu adalah memperlekeh Nabi”, seolah-olah Nabi S.A.W. boleh dipermain-mainkan sesuka hati.
- Saya bersetuju apabila Rizal menyebut bahawa Tun M memperlekehkan Nabi kerana Tun M mengaitkan kedudukan PM Najib dengan Nabi S.A.W. dan mengatakan bahawa Nabi tidak ada akaun sebesar 2.6 billion dan 1MDB.
- Semoga Tun M sedar akan ketelanjurannya.
Related Post:
3 thoughts on “Tun M, Janganlah Menghina Nabi S.A.W.”