Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri

14 06 2016
Credit to Karim's Blog

Credit to Karim’s Blog

(Sumber: Karim’s Blog)

PINDAAN AKTA 355: MENINGKATKAN AUTONOMI NEGERI UNTUK MEMBENDUNG GEJALA MAKSIAT DAN SALAHLAKU SYARIAH

Mahkamah Syariah ialah warisan unggul Kesultanan Melayu/Islam yang telah berdaulat sejak permulaan kedaulatan Islam di alam Melayu sebagaimana yang tercatat pada batu bersurat Terengganu iaitu 1303(M). Kedaulatan Mahkamah Syariah kemudiannya diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan (PP) sebagaimana yang termaktub dalam Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan (B1SNJ9PP) berdasarkan Kuasa Negeri sebagaimana yang diberikan menurut Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun Perlembagaan Persekutan mewujudkan sistem Kehakiman Negara berteraskan Peruntukan Bahagian IX PP, namun bagi memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah tidak tersentuh oleh Mahkamah Sivil, maka pada tahun 1988, diperkenalkan pula Perkara 121(1A) pada Bahagian IX tersebut. Peruntukan 121(1A) ini tidak dengan sendirinya menyenaraikan bidangkuasa Mahkamah Syariah, tetapi ia memantapkan kedaulatan Mahkamah Syariah dari diganggu-gugat oleh Mahkamah Sivil.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang termaktub di dalam B1SNJ9PP yang antara lain menggariskan prinsip utama bidangkuasa Mahkamah Syariah seperti berikut – “the constitution, organization and procedure of Syariah Courts, which shall have jurisdiction only over persons profesing the religion of Islam and in respect only of any of the matters included in this paragraph, but shall not have jurisdiction in respect of offences except in so far as conferred by federal law;”

Secara telitinya prinsip-prinsip yang termaktub dalam butiran 1 tersebut di atas adalah seperti berikut:

1. Terhad kepada umat Islam

Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad hanya kepada orang yang menganut agama Islam. Oleh itu orang bukan Islam tidak perlu bimbang dengan agenda politik yang cuba menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

2. Terhad kepada perkara-perkara dalam Butiran 1

Tidak termasuk perkara-perkara dalam senarai Persekutuan dan perkara-perkara lain dalam Senarai Negeri Butiran 1 juga menetapkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada perkara-perkara yang terkandung dalam Butiran 1 sahaja yang meliputi perkara-perkara berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan sebagainya. Manakala dalam hal kesalahan (jenayah Syariah) pula bidangkuasanya terbatas kepada offences by persons profesing the religion of Islam against precepts of that religion, except inregard to matters included in the Federal List: Justeru Perlembagaan sendiri yang menghalang mahkamah Syariah membicarakan atau menghukum kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) serta undang-undang lain di bawah senarai Persekutuan. Justeru kesalahan-kesalahan seperti mencuri, merogol, rasuah, pecah amanah, merompak, ragut tidak termasuk di bawah Mahkamah Syariah.

3. Tertakluk kepada had hukuman maksimum yang ditentukan Akta Persekutuan – Akta 355

Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah keperluan Undang-undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan iaitu; bidang kuasa hukuman Mahkamah Syariah hendaklah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan. Justeru pindaan A355 tidak boleh disifatkan sebagai “unconstitutional” kerana ia adalah keperluan Perlembagaan. Akta 355 ini hanya menetapkan had hukuman maksima yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah sama seperti dalam isu kesalahan berkaitan kekeluargaan, zakat, hibah, amanah, pewarisan, wakaf, masjid, surau dan kesalahan berkaitan „offences against precept of Islam‟ sebagaimana yang terkandung dalam Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah sekarang. Ia hanya mengandungi 3 seksyen sahaja. Seksyen 2 adalah yang terpenting iaitu menetapkan hukuman maksima penjara 3 tahun, denda RM5,000.00, dan 6 sebatan (356) dan telah berkuatkuasa selama 32 tahun sejak tahun 1984, sedangkan kebanyakan hukuman lain di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Keseksaan dalam kesalahan jenayah, telah ditingkatkan berulang kali.

Autonomi Lebih Luas Kepada Negeri Untuk Mencegah Maksiat dan Salahlaku Syariah

Jika pindaan Akta 355 diluluskan di Parlimen, ia tidak meningkatkan kadar hukuman secara automatik sebaliknya Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu meluluskan tahap hukuman bagi setiap kesalahan dalam Enakmen-enakmen Syariah yang sedang berkuatkuasa di negeri tersebut terlebih dahulu. Peluang untuk berbahas mengenai kadar hukuman yang munasabah masih terbuka di peringkat DUN. Selain daripada kesalahan-kesalahan di dalam Enakmen Jenayah Syariah, kesalahankesalahan lain yang berkaitan kekeluargaan seperti kahwin lari, poligami tanpa kebenaran, tidak bayar nafkah, melarikan anak dara dari jagaan dsbnya masih tidak berubah. Rujuk: 1. Contoh-contoh Kesalahan Jenayah Syariah 2. Pindaan Akta 355 Tidak Membabitkan Kesalahan Kekeluargaan (W.P.) Akta 303.

Akta 355 ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud “capital punishment”. Pilihan untuk menaikkan kadar hukuman kepada kadar yang lebih tinggi adalah terpulang kepada negeri-negeri untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang. Akta 355 tidak menyentuh bidang kuasa mahkamah sivil untuk membicarakan kes-kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

pindaanAkta355-usahamurniPindaan Akta 355 adalah bertujuan meningkatkan hukuman bagi memperkasakan Mahkamah Syariah dalam pengawalan moral yang sekarang ini berhadapan dengan gejala sosial yang amat serius. Jika hukuman terhadap kesalahan persetubuhan luar tabii dengan haiwan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan maka hukuman “3,5,6” untuk kesalahan terhadap manusia adalah terlalu ringan. Adakah kita ingin biarkan undang-undang sedia ada melindungi kehormatan binatang lebih daripada kehormatan manusia? Haruskah hukuman menyetubuhi haiwan adalah lebih tinggi dan menggerunkan berbanding meliwat manusia?!

Berkenaan dengan isu kesamarataan, tidak timbul isu kesamarataan seperti yang disebutkan dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan kerana kesamaratan tersebut hanya merujuk kepada “genre” yang sama, sebagai contoh, Islam dan bukan Islam adalah bukan kategori atau genre yang sama tetapi kategori yang sama ialah hukuman yang berlainan kepada dua kumpulan orang Islam.

Pindaan Akta 355 ini telahpun dicadangkan oleh JAKIM sejak hampir 10 tahun yang lalu, namun, oleh kerana kekangan birokrasi menjadi faktor kelambatan, ia lebih mudah dibentangkan secara persendirian.

Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)


Actions

Information

6 responses

3 12 2016
Jawapan Kepada Kenyataan Mengelirukan Khalid Samad Tentang Pindaan Akta 355 | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri […]

Like

3 12 2016
Akta 355: Poster Dangkal SIS Forum Tentang Akta 355 | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri […]

Like

3 12 2016
Tun Dr Mahathir, From A Statesman To A Street Demonstrator | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri […]

Like

26 11 2016
Police Report On Lim Guan Eng’s False Statements | Ahmad Ali JetPlane

[…] Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri […]

Like

26 11 2016
Police Report On Lim Guan Eng’s False Statements | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri […]

Like

18 10 2016
Act 355: Answering “CCM Says Hadi’s Bill Will Radically Rewrite Constitution” | Ahmad Ali Karim's Weblog

[…] Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355 Video – Mudahnya Memahami Akta 355 Pindaan Akta 355 – Memberi Autonomi Lebih Kepada Negeri-negeri Akta 355: DAP MPs, Please Do Your Homeworks Act 355: G25, Stop Lying About Hadi’s Private Bill […]

Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: