KOTA KINABALU 26 Nov. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul untuk menghalang dua pemimpin pembangkang, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri ini.
Keputusan yang diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertua DUN, Datuk Johnson Tee itu diambil kira daripada undian yang dilakukan di dalam dewan.
Seramai 47 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong perkara tersebut manakala tiga lagi ADUN berkecuali. – UTUSAN ONLINE
Tahniah kepada 47 orang ADUN Sabah yang telah mempertahankan maruah negeri Sabah dan negara kita.
Sila baca: Kes Jacel Kiram: Tian Chua Tuduh Nurul Izzah Hilang Ingatan?