Lim Kit Siang Mursyidul Am Baru PAS?

Di dalam video tersebut, Pengerusi DAP Lim Kit Siang seolah-olah mengatakan bahawa beliau lebih tahu daripada ulama’-ulama’ PAS tentang perlaksanaan hukum hudud dalam program anjuran PAS di Kota Bharu.

Lim Kit Siang berhujah kenapa hudud tidak boleh dilaksanakan sedangkan PAS Kelantan sedang berusaha untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Lim Kit Siang telah dijemput untuk memberi ceramah di program PAS; dan Lim Kit Siang telah mengambil kesempatan untuk menghina PAS tetapi pemimpin PAS yang berada di atas pentas pada hari itu tidak pula berkata apa-apa.

Soalan saya ialah:

  1. Dimanakah maruah PAS sehingga boleh membiarkan pemimpin DAP itu mengajar mereka tentang perlaksanaan hukum Islam?

  2. DAP sudah sering kali membuat kenyataan tentang hudud tetapi yang menghairankan saya ialah bagaimana PAS masih boleh bekerjasama dengan DAP?

  3. Apakah Lim Kit Siang merasakan dirinya lebih tahu tentang hukum Islam berbanding Presiden dan Mursyidul Am PAS?

  4. Pemimpin DAP bebas bercakap tentang hal ehwal agama Islam; apakah tindakan DAP jika pemimpin PAS masuk campur atau mengkritik perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan agama mereka?

%d bloggers like this: