Bekas Peguam Anwar, Zul Noordin: W. Azizah Mengakui Anwar Bersalah?

25 02 2015

KENYATAAN MEDIA:

Saya agak pelik dengan permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah.

Pelik kerana Wan Azizah sendiri tidak hadir memberi keterangan didalam perbicaraan bagi Banduan sebagai saksi alibi. Kalau di Mahkamah pun dia tidak membantu Banduan, mengapa kini dia pula yang sibuk mohon pengampunan bagi Banduan?

Adakah permohonan keampunan yang dikemukakan ini bermakna Wan Azizah mengakui & menerima sabitan kesalahan meliwat terhadap Banduan?

Bagi saya, permohonan Wan Azizah ini wajib ditolak atas alasan:

  1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan dan/ atau pengetahun Banduan sendiri.

Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!

Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!

  1. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;
  2. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;

  3. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkaldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan “kehakiman tidak telus” sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!

  4. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan “kehakiman tidak telus” sebagai alasan permohonan pengampunan;

  5. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman. Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak “luar biasa” untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi bagi Banduan ini yg selalu melalak slogan “Lawan Tetap Lawan”. Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?

Pada saya, adalah lebih baik dan afdhal bagi Banduan memohon keampunan daripada Allah setelah dia memohon maaf secara terbuka & peribadi kepada Saiful Bukhari Azlan!

Zulkifli Noordin
Rabu
6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015


Actions

Information

One response

25 02 2015
fatihahzulkifli

Reblogged this on Chefa528.

Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: