Proses Membuat Versi Jawi Bagi Rencana Bertulisan Rumi / ڤروسيس ممبوات ۏرسي جاوي باݢي رنچان برتوليسن رومي

<- Kembali ke rencana

<- کمبالي کرنچان

1. Masukkan tulisan ke dalam alat penukar tulisan (contohnya: Ejawi)

Alat penukar tulisan seperti Ejawi Transliteration Software masih memainkan peranan yang amat besar di dalam proses membuat versi Jawi bagi setiap tulisan, kerana ia mempercepatkan dan mempermudahkan urusan selagi kita mengambil masa untuk menyemak hasilnya selepas itu.

2. Ganti aksara-aksara yang tidak betul

Di bawah merupakan senarai antara aksara-aksara yang perlu diganti:

  • ک <- ك
  • ݢ <- ڬ
  • , -> ⹁ (bukan aksara ،)
  • ; -> ⁏ (bukan aksara ؛)

3. Perbetulkan ejaan serta format tulisan mengikut standard Jawi

Banyak alat-alat penukar tulisan sebegini mempunyai istilah-istilah yang tidak didaftar, maka di bawah adalah senarai antara kesilapan yang sering berlaku:

  • Ejaan umum (contohnya قمر الدين dan bukannya کامروددين)
  • Kata singkatan atau akronim (contohnya کمنتريان دالم نݢري dan bukannya کدم﴿
  • Ketiadaan jarak aksara selepas imbuhan awal “di” dan “ke” (contohnya کأتس dan bukannya “ک اتس”)
  • Hamzah atas/bawah Alif bagi imbuhan (seperti dalam gambar, contohnya “کأدأن” dan bukannya “ک اداان”)
  • Istilah-istilah bukan di dalam kamus (contohnya “Facebook” ditulis dalam Rumi dengan tanda petikan, atau dieja semula seperti فيسبوک dan bukannya فاچبووق)
  • dan lain-lain…

<- Kembali ke rencana

<- کمبالي کرنچان

Advertisement

Author: Ahmad Ali Karim

Blogger. Official Ambassador at Muafakat Pendidikan Johor (MPJ). Columnist at Utusan Malaysia. Secretary at Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Malaysia (ME'DIDIK).

2 thoughts on “Proses Membuat Versi Jawi Bagi Rencana Bertulisan Rumi / ڤروسيس ممبوات ۏرسي جاوي باݢي رنچان برتوليسن رومي”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: